Rahsia Kiraan Tarikh Lahir

Posted on 2:06 PTG
Baca Lagi >>

Tips Kecantikan untuk Muslimah

Posted on 5:08 PTG
Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama ana tidak membuat catatan baru di blog ana ini. Tadi semasa buat kerja tiba-tiba terfikir pula tentang kecantikan bila kawan-kawan bercerita tentang produk-produk kecantikan di fb. Ana jadi tertarik ingin kongsikan tips kecantikan untuk muslimah yang mana sama sekali ianya tidak berkaitan dengan produk kecantikan yang ada di luar sana.

Sama-sama kita hayati serta amalkannya ya sebab ana sudah mengamalkannya selama ini dan alhamdulillah ianya berhasil. Kawan-kawan tegur kenapa muka ana semakin berseri-seri sejak 2 menjak ni.(merah padam muka jadinya). Biasanya pujian itu ikhlas sbb kadang-kadang kita tidak perasan yang mana bila kita puji diri sendiri cantik selalunya kita perasan@shok sendiri.(^_^).(cuma bergurau).Pada ana tidak salah jika kita memuji diri sendiri sekalipun sbb biasanya pujian kita juga merupakan doa.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."(Riwayat Muslim)

Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.InsyaALLAH.

1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.

2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari

3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.

4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.

5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah 'sabun' yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), 'sabun' ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.

6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.

7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.

8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.

9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.

Wallahua'lam.

Ianya cuma amalan yang pada ana ianya tidak salah sama sekali kawan-kawan semua ingin amalkan atau tidak.Dan pada mereka yang ingin cuba amalkan, jom sama-sama kita amalkannya.

Rasanya setakat ini dahulu catatan ana buat kali ini.Jumpa lagi di lain catatan ana.

Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Tips Doa Untuk Kekasih

Posted on 1:31 PTG
Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama ana tak update blog ana ini.kalau diikutkan setiap hari ana nak update blog ana ini cuma ada sebab-sebab yang tidak dapat yang dielakkan yang membuatkan ianya terbatas.ana boleh mencoretkan blog ana masa ni sbb ana tengah.pd hari ini ana cuma nk berkongsi dengan kamu semua tentang tips doa untuk kekasih.ana sendiri sudah amalkannya.alhamdulillah.

Doanya seperti berikut:-

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMU…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMU…

Ya ALLAH…
Jika aku menikmati cinta kekasihMU,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMU…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU…

Ya ALLAH…
Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU…

Amin ya rabbal alamin..


Wallahuaqlam.semoga panduan ini dapatlah sama-sama kita amalkan.rasanya setakat ini dahulu coretan ana.jumpa kamu semua dicoretan ana yg akan datang.

Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Posted on 10:40 PG
Assalamualaikum.

Kerjaku tidak banyak yang perlu ditekankan pada hari ini. jadi ana berpeluang sedikit untuk membuat coretan d blog ana ini. td semasa ana buka beberapa website ana ada terbaca satu artikel tentang Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta. tiba-tiba hati ana terdetik untuk berkongsi dengan kalian semua. artikelnya seperti ini:-
_____________________________________________________________________________________

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
_____________________________________________________________________________________

**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Jejaka seperti ini yang ana cari untuk dijadikan teman hidup (suami). semoga ALLAH permudahkannya. Amin.

Rasanya setakat ini dahulu bagi cacatan ana ini.jumpa d lain catatan.

Assalamualaikum

Wassalam.
Baca Lagi >>

DOKTOR saya

Posted on 6:04 PTG
Assalamualaikum.

selamat pagi.buat pertama kalinya ana membuat cacatan berkenaan dengan feel ana untuk 1 hari.pd hari ni ana tertengok akan satu pek ubat yang mana ana dapat masa ana pergi klinik 2 hari lepas kerana doktor cakap ana keracunan makanan.bila ditenungkan ubat tu ana tiba-tiba teringatkan ma ana dikampung.sihatkah ma,ayah&adik2 ana tu?minta2 sihat walafiatlah mereka semua yang ana sangat sayang dalam hidup ana.

hurm.terlupa pula ana tentang topik yang ana nak kongsikan dengan sahabat2 ana yang follow ana punya blog ini.topik ana yang ana nak rungkaikan petang ini berkenaan dengan DOKTOR saya.mesti anda semua tertanya-tanya siapakah doktor ana itu?hebatkah dia?kenapa dengan doktor tu?hihihi.

anda semua mesti pernah sakit&pernah pergi klinik mahupun hospital kan?mesti pernah kan.ana mcm anda semua, bila sakit klinik@hospital.msti banyak kan ubat yang doktor bagi,kadang-kadang tu anda mesti tak habis makan ataupun ayat yang senang nak faham mesti anda semua buang kan.hurm.membazir je kan.

teringat ana masa zaman ana kecik2 yang mana ana jarang pergi ke klinik mahupun hospital masa ana kecik kerana ana ada DOKTOR ana sendiri.wow.hebatnya ada doktor sendiri.kayanya awak.doktor peribadi lagi tu.hehehe.<--hhuhuhu.sy memang hebat.

huhuhu.anda semua terkena la.ana mana la kaya seperti yang diperkatakan.ana cuma anak kepada makcik yang membuat kuih setiap pagi untuk dihantarkan ke warung2 berdekatan dan pakcik yang kerjanya memotong kertas di sebuah kilang percetakan yang kecil, mana la ana mampu untuk upah DOKTOR peribadi.

anda semua mesti tertanya2 kan siapakah DOKTOR peribadi yang ana cuba maksudkan ini.DOKTOR peribadi ana adalah ibu ana.tp ana tak lah panggil ibu ana ibu.ana gelarkan ibu ana "MA".anda semua mesti ada DOKTOR peribadi macam ana kan?tidak kurangnya pd mereka yang tiada DOKTOR peribadi macam ana diharap kalian bersabar ye.sbb setiap apa kekurangan yang ALLAH berikan pada kita mesti ada kelebihannya.

*ana ingin memohon maaf jika ayat diatas membuatkan kalian yang sudah tidak mempunyai ayah&ibu/ibu/ayah.semoga kalian semua tabah ye.

sambung kepada cerita ana tadi.bila teringat zaman kecil ana tiba2 air mata bercucuran mengalir membasahi pipi ini.ana ingt lagi semasa ana sakit ma biasanya akan berusaha untuk menyembuhkan ana dengan apa cara sekalipun.ma akan cakap "adik rht dlu ye,nanti ma masakkan bubur nasi".smbil menunggu bubur nasi masak ma akan baringkan ana ke atas tikar yang dilapik dengan kain bagi alas belakang ana&bantal juga disediakan.lepas 2 ma tercari-cari kain bersih di almari kerana nk tuamkan kepalaku ngan tuala basah supaya demamku cepat kebah.

ma ana la yang ana maksudkan DOKTOR ana.ubat yg diberikan cukup berkesan.ma adik syg sangat kat ma.ma la segala-galanya untuk adik.

rsanya setakat ini dahulu la coretan ana pd hari ini.jumpa anda d lain coretan ye.

Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Hati Yang Suci

Posted on 1:22 PTG
Assalamualaikum.

Aduhai sungguh lama ana tidak membuat catatan baru di blog ana ini. Pada hari ini ana rindu akan blog ana ini. Hari ni ana cuma nak kongsikan berkenaan dengan "Hati Yang Suci". Hati yang suci bermula dari peribadi yang mulia.

Hati itu bagaikan kaca mata. Kalau kita menggunakan kaca mata yang bening, apa yang kita lihat akan tampak apa adanya. Yang putih akan jelas putihnya, yang coklat muda akan jelas warna aslinya. Namun kalau kita menggunakan kaca mata hitam, apa yang kita lihat tidak akan sesuai aslinya. Yang putih akan kelihatan abu muda dan warna coklat muda akan menjadi coklat tua. Demikian juga hati, kalau hati jernih, kita akan melihat realita itu apa adanya, sementara kalau hati kita kotor atau hitam, kita akan melihat realita itu tidak seperti sebenarnya.

Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita. Bagaimana caranya?

1. Introspeksi diri. Introspeksi diri dalam bahasa arab disebut Muhasabatun Nafsi, artinya mengidentifikasi apa saja penyakit hati kita. Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.

2. Perbaikan Diri. Perbaikan diri dalam bahasa populer disebut taubat. Ini merupakan tindak lanjut dari introspeksi diri. Ketika melakukan introspeksi diri, kita akan menemukan kekurangan atau kelemahan diri kita. Nah, kekurangan-kekurangan tersebut harus kita perbaiki secara bertahap. Alangkah rugi kalau kita hanya pandai mengidentifikasi kelemahan diri tapi tidak memperbaikinya.

3. Tadabbur Al Qur’an. Tadabbur Al Qur’an artinya menelaah isi Al-Qur’an, lalu menghayati dan mengamalkannya. Hati itu bagaikan tanaman yang harus dirawat dan dipupuk. Nah, di antara pupuk hati adalah tadabbur Qur’an. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak mau mentadabburi Qur’an sebagai orang yang tertutup hatinya. Artinya, kalau hati kita ingin terbuka dan bersinar, maka tadabburi Qur’an.

4. Menjaga Kelangsungan Amal Saleh. Amal saleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diridoi Allah swt. Apabila kita ingin memiliki hati yang bening, jagalah keberlangsungan amal saleh sekecil apapun amal tersebut. Misalnya, kalau kita suka rawatib, lakukan terus sesibuk apapun, kalau kita biasa pergi ke majelis ta’lim, kerjakan terus walau pekerjaan kita menumpuk.

5. Mengisi Waktu dengan Zikir. Zikir artinya ingat atau mengingat. Dzikrullah artinya selalu mengingat Allah. Ditinjau dari segi bentuknya, ada dua macam zikir. Pertama, zikir Lisan, artinya ingat kepada Allah dengan melafadzkan ucapan-ucapan zikir seperti Subhannallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Laa Ilaaha illallah, dll. Kedua, Zikir Amali, artinya zikir (ingat) kepada Allah dalam bentuk penerapan ajaran-ajaran Allah swt. dalam kehidupan. Misalnya, jujur dalam bisnis, tekun saat bekerja, dll. Hati akan bening kalau hidup selalu diisi dengan zikir lisan dan amali.

6. Bergaul dengan Orang-Orang Saleh. Lingkungan akan mempengaruhi perilaku seseorang. Karena itu, kebeningan hati erat juga kaitannya dengan siapakah yang menjadi sahabat-sahabat kita. Kalau kita bersahabat dengan orang yang jujur, amanah, taat pada perintah Allah, tekun bekerja, semangat dalam belajar, dll., diharapkan kita akan terkondisikan dalam atmosfir (suasana) kebaikan. Sebaliknya, kalau kita bergaul dengan orang pendendam, pembohong, pengkhianat, lalai akan ajaran-ajaran Allah, dll., dikhawatirkan kita pun akan terseret arus kemaksiatan tersebut.

7. Berbagi Kasih dengan Fakir, Miskin, dan Yatim. Berbagi cinta dan ceria dengan saudara-saudara kita yang fakir, miskin, dan yatim merupakan cara yang sangat efektif untuk meraih kebeningan hati, sebab dengan bergaul bersama mereka kita akan merasakan penderitaan orang lain.

8. Mengingat Mati. Modal utama manusia adalah umur. Umur merupakan bahan bakar untuk mengarungi kehidupan. Kebeningan hati berkaitan erat dengan kesadaran bahwa suatu saat bahan bakar kehidupan kita akan manipis dan akhirnya habis. Kesadaran ini akan menjadi pemacu untuk selalu membersihkan hati dari awan kemaksiatan yang menghalangi cahaya hati. Rasulullah saw. menganjurkan agar sering berziarah supaya hati kita lembut dan bening.

9. Menghadiri Majelis Ilmu. Hati itu bagaikan tanaman, ia harus dirawat dan dipupuk. Di antara pupuk hati adalah ilmu. Karena itu, menghadiri majelis ilmu akan menjadi media pensucian hati. Rasulullah saw. menyebutkan bahwa Allah swt. akan menurunkan rahmat, ketenangan dan barakah pada orang-orang yang mau menghadiri majelis ilmu dengan ikhlas.

10. Berdo’a kepada Allah SWT.. Allah swt. Maha Berkuasa untuk membolak balikan hati seseorang. Karena itu sangat logis kalau kita diperintahkan untuk meminta kepada-Nya dijauhkan dari hati yang busuk dan diberi hati yang hidup dan bening. Menurut Ummu salamah r.a,. do’a yang sering dibaca Rasulullah saat meminta kebeningan hati adalah: Ya Muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika (Wahai yang membolak-balikkan qalbu, tetapkanlah hatiku berpegang pada agama-Mu).

Kesimpulannya, hati merupakan panglima untuk seluruh anggota jasad kita. Kalau hati bening, kelakuan kita pun akan beres. Tapi kalau hati kita busuk, seluruh amaliah pun busuk. Ada sepuluh cara agar kita memiliki hati yang suci, yaitu; Introspeksi diri, perbaikan diri, tadabbur Qur’an, menjaga kelangsungan amal saleh, mengisi waktu dengan zikir, bergaul dengan orang-orang saleh, berbagi kasih dengan fakir miskin dan anak yatim, mengingat mati, menghadiri majelis ta’lim, dan berdo’a kepada Allah swt. Mudah-mudahan Allah swt. selalu memberi kepada kita hati yang bening. Amiin . Wallahu A’lam.

Rasanya cukuplah setakat ini catatan ana pada hari ini kerana ana perlu menyelesaikan beberapa perkara yang cukup penting dalam hidup ana. Semoga bertemu anda semua sahabat2 blog ana di lain hari dan di lain catatan.

Assalamualaikum.

Wassalam
Baca Lagi >>

Aura disebalik Warna kesukaanmu

Posted on 1:25 PTG
Assalamualaikum.

Terlalu cepat masa berlalu hari ini da menjangkau hari jumaat yg mana ditempat ana pekerja kebanyakannya bekerja tetapi mungkin di kampung halaman ana pekerja sedang seronok bercuti. Semalam semasa ana pulang dari kerja ana terserempak dgn seorang baby bersama ibu&ayahnya. Sangat comel baby itu.(^_^). Tajuk catatan hari ini serba sedikit ada kene mengena dengan baby itu kerana biasanya ibu bapa kita akan tau apa warna kegemaran kita yg mana ianya dapat dilihat dari kecenderungan kita semasa bayi terhadap warna.



Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-
__________________________________________________________________________________

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Rakan-rakan tentu pelik kenapa dengan aura ada kene mengena ngan warna kegemaran kita. Disini ana cuba sampaikan di mana sikap suka kita juga terhadap sebarang warna juga merupakan aura yang lahir dari dalam diri kita sendiri. Jadi ianya sememangnya berkait rapat antara satu sama lain.

Rasanya tidak perlulah ana berceloteh panjang tentang ini. Diharap kamu semua sama-sama dapat renungi apa yang cuba ana sampaikan dan cuba jugalah bandingkan ia keatas diri kamu semua sendiri. Ana mengundur diri dulu dengan ucapan assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Apa itu Dinar dan Dirham?

Posted on 1:07 PTG
Assalamualaikum.

Sungguh cepat masa berlalu bukan. Hari ini dah menjangkau hari Rabu, rasanya semalam baru hari isnin. Masa hari ini juga ana rasa cepat juga berlalu, rasanya baru sekejap menjalankan tugasan harian sebagai pekerja tetapi skrg sudah tiba masa untuk rehat. Sebelum ana makan tengahari, catatan baru ana ingin kongsikan kepada rakan-rakan sekalian pada hari ini terutama sekali kepada pengikut setia blog ana ini.



Pada hari ini ana ingin menyentuh satu tajuk iaitu berkenaan dengan Apa itu Dinar dan Dirham. Pada bulan yang lepas ana dikunjungi oleh seorang ustaz yang merupakan sahabat ana yang sama-sama menjayakan Persatuan Anak Kelantan bagi daerah Wilayah Persekutuan & Selangor (PERSADA). Ustaz menghulurkan 1 paket dinar mas, pada mulanya ana terkejut ingtkn kenapa, rupanya Ustaz ingin promosikan kepada ana. Rasanya tidak perlu la ana berceloteh panjang tentang cerita ini, ana teruskan huraian tentang apa yang ana perkatakan tadi.

Koin dinar emas adalah koin emas 22 karat dengan berat 4,25 gram dan diameter 23 mm yang dapat berfungsi sebagai alat investasi dan proteksi nilai kekayaan.

Mengapa 4,25 gram?

Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam bersabda “Timbangan mengikuti yang digunakan penduduk Mekah, Takaran mengikuti yang digunakan penduduk Madinah”.

Dari hadits Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam tersebut, Dr. Qaradawi menyimpulkan bahwa berat 1 Dinar atau 1 Mithqal adalah sama dengan 4.25 gram timbangan saat ini ; sedangkan berat 1 Dirham adalah 2.975 gram.

Mengapa 22 karat?

Berikut adalah fakta-fakta sejarah:

1. Semasa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam masih hidup; beliau belum (memerintahkan ) mencetak Dinar Islam sendiri. Berarti Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam menggunakan Dinar yang diproduksi oleh dunia di luar Islam. Apa yang ada sebelum Islam atau di luar Islam kemudian juga digunakan oleh beliau, maka ini menjadi ketetapan atau taqrir beliau – yang ber ati Dinar (uang emas) diluar Islam-pun boleh digunakan oleh umat Islam.

2. Dinar baru mulai dicetak di Kekhalifahan Islam pada jaman Kekhalifahan Mu’awiyah bin Abu Sufyan (41-60H) ; namun pada jaman itu uang emas dari Byzantine tetap juga digunakan bersama Dinar Islam.

3. Pada jaman Kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (75 H-76 H) barulah beliau melakukan reformasi finansial, dimana hanya Dinar dan Dirham Islam yang dipakai di Kekhalifahan.

4. Sampai abad 19 koin-koin emas yang ada di dunia hanya berkadar antara 0.900 % – 0.9166 % atau yang paling mendekati adalah 22 karat ( 22 karat = 22/24 = 0.917%).

Walahua'lam

Info ini ana perolehi dari sumber-sumber yang mana ana rasa ianya belum mencukupi. Jika ada sebarang tambahan berkenaan ini sama-samalah kita kongsikan kerana ana budak baru belajar, bak kata orang salah silalah tunjukkan. Ianya adalah bertujuan tuk kefahaman kita berkenaan perkara ini.

Rasanya setakat ini dahulu catatan ana buat kali ini. Berjumpa rakan-rakan sekalian di catatan ana yang lainnya yang bakal menyusur tiba. Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Kesabaran Dalam Bercinta

Posted on 12:14 PTG
Assalamualaikum.

Bertemu kita kembali pada catatan baru ana di blog ana ini. Pada hari ini ana ingin menyentuh sedikit tentang cinta. Rasanya telah lama ana tidak menyuarakan pendapat tentang cinta. Dahulunya rakan-rakan menyatakan ana adalah DR.CINTA. Sebabnya kenapa rakan-rakan ana cakap ana sentiasa ada idea untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul diantara pasangan rakan-rakan ana. Mungkin itu kelebihan sedikit yg ana pada ana. Alhamdulillah.

Pada kali ini ana ingin menyentuh tentang cinta dari aspek kesabaran. Setiap kesabaran mengajar kita erti hidup yg sebenar. Kesabaran dalam menempuh dunia cinta kepada manusia merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan penekanan oleh kita sebagai manusia biasa. Tidak salah untuk bercinta seperti mana sebelum ini ana telah huraikan makna cinta dan jenis-jenis cinta.



Rakan-rakan sekalian kamu semua memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menempuh atau mengharungi setiap saat dan detik dalam hubungan percintaan dengan kekasih kamu. Sekiranya kamu mempunyai kesabaran yang tinggi segala permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Mengikut kata-kata ulama "Sabar merupakan separuh daripada iman". Contoh sikap tidak sabar adalah-

a) Jika berlakunya kesesakan lalulintas.
b) Membawa kenderaan dengan had laju.
c) Suka memarahi orang dan kekasih anda.

Adanya kesabaran dalam diri mempunyai kelebihan yang banyak terhadap kamu dan kekasih. Diantaranya ialah kamu dapat berbincang antara satu sama lain, mengelakkan daripada melakukan kesilapan / pergaduhan dan akan disukai oleh orang lain.

Untuk memiliki sikap sabar memang memerlukan displin yang tinggi. Disini terdapat 5 cara untuk memiliki sikap sabar :-

1. Menunaikan solat fardhu ( Bagi agama islam)
2. Suka memaafkan kesalahan orang lain.
3. Menahan marah jika anda merupakan seorang panas baran.
4. Suka menolong orang dalam kesusahan.
5. Sentiasa berdoa.

Banyak lagi cara untuk memiliki sikap sabar, disini hanyalah beberapa sahaja yang boleh ana berikan kepada kamu. Walaupun pada dasarnya ianya nampak mudah tetapi jika kita tidak jalankannya sama seperti kita mengulangi kesilapan kita berulang kali. Jadi ana harap kamu semua dapat sama-sama bersama ana mengamalkannya. Semoga rakan-rakan sekalian akan berbahagia dengan pasangan kamu sekalian.

Pada mereka yang telah putus cinta. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana setiap kesabaran memberikan kita satu ruang dan peluang yang lebih baik InsyaALLAH.

Rasanya setakat ini dahulu la catatan ana pada kali ini. Moga dapat bertemu kamu semua lg di lain catatan ana. Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Kelebihan Hari-Hari Tertentu

Posted on 2:33 PTG
Assalamualaikum.

Selamat petang dan salam Jumaat ana ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Semalam ana tidak membuat catatan baru d blog ana ini kerana ana agak sibuk sedikit. Pada hari ini ada sedikit masa terluang yang ana dapat curahkan ke blog ana ini. Sempena hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ana ingin kongsikan kepada rakan-rakan sekalian tentang kelebihan bagi setiap hari di dalam seminggu.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ALLAH s.w.t menjadikan masa dalam seminggu mempunyai 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari yang ana senaraikan tadi ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri yang mana ianya menjadi memori sepanjang zaman. Apakah peristiwa-peristiwa tersebut?

Hari Isnin

1. Naiknya nabi Idris ke langit
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. RASULULLAH s.a.w dilahirkan
4. Malaikat Jibril turun kepada RASULULLAH s.a.w buat kali pertama
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin
6. Hari wafatnya Junjungan mulia. nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan ALLAH diturunkan. "Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa

1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni
6. Habil terbunuh hari selasa


Hari Rabu

1. ALLAH meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi
2. ALLAH menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)
3. ALLAH menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. ALLAH menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. ALLAH menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat


Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.(masa ini, Yusof menjadi raja mesir yang terkenal)
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada ALLAH
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah


Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah az-zahra


Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya.sebab?

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian


Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar
7. Al;lah menjadikan laiutan yang tujuh


Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam. Zaman pemerintahan nabi-nabi.

Wallahualam.

Rasanya setakat ini dahulu la catatan baru yg ana boleh luangkan untuk bacaan rakan-rakan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ana ini. Moga bertemu di lain catatan ana. Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Ujian Daripada ALLAH s.w.t

Posted on 1:26 PTG
Assalamualaikum.

Bertemu lagi rakan-rakanku sekalian d catatan baru blogku ini. Rasa rindu pada penulisan itu yang membuatkan ana membuat catatan lagi pd blog ana ini. Pada hari ini ana cuma ingin menyentuh berkenaan dengan ujian daripada ALLAH s.w.t.

Ujian daripada ALLAH s.w.t tidak akan lekang dari setiap ciptaanNYA termasuk kita sebagai makhluk ciptaanNYA.



Allah mencipta langit dan bumi, dengan segala perhiasannya, dan mencipta manusia, dengan deria penglihatan dan pendengaran, dan mencipta kematian dan kehidupan, kesemuanya untuk menguji manusia supaya dapat dikenali siapa antara mereka yang lebih baik atau yang paling baik dalam amalan. Firman-Nya:

"Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya." (11:7)

"Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan." (18:7)

"Kami mencipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat." (76:2)

"Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun," (67:2)

Juga, untuk mengenali siapa yang takut kepada Allah yang dalam keadaan ghaib (5:94) dan siapa yang berjuang dan yang sabar (47:31)

Setiap manusia diuji dengan apa-apa yang buruk dan yang baik, atau kejahatan dan kebaikan. Kemudian mereka akan mati dan seterusnya dikembalikan kepada Allah untuk dihakimkan pada hari akhirat. Firman-Nya:

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)
_____________________________________________________________________________________

Antara manusia, ada yang diuji dengan benda-benda yang baik dan yang buruk supaya mereka kembali kepada jalan yang sebenar iaitu jalan yang ditentukan di dalam Kitab Allah. Firman-Nya:

"dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali." (7:168)

Ada pula yang diuji supaya bertaubat. Seperti orang-orang yang tidak percaya (kepada Allah dan kitab-Nya) yang diuji sekali atau dua kali setahun. Namun, terdapat juga mereka yang tidak mengingati. Firman-Nya,

"Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati." (9:126)

Orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) dan yang mendustakan ayat-ayat-Nya juga diuji. Firman-Nya,

"Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka." (7:163)

"Sesungguhnya Kami menguji mereka (yang mendustakan ayat-ayat Allah) sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi," (68:17)

Pemilik kebun tersebut, pada pagi hari memetik, mendapati kebunnya seperti sudah dipetik (68:20).
_____________________________________________________________________________________

Tidak terlepas daripada ujian Allah adalah orang-orang yang berkata percaya kepada Allah dan Kitab-Nya. Mereka diuji untuk mengetahui siapa yang berkata benar dan siapa yang berdusta. Firman-Nya,

"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, 'Kami percaya', dan tidak akan diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia mengetahui pendusta-pendusta." (29:2-3)

Sesungguhnya petunjuk Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an, atau disebut Peringatan, adalah ujian bagi manusia, untuk mengenali siapa yang berpaling daripadanya. Firman-Nya,

"Supaya Kami menguji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras." (72:17)

Semoga sama-sama kita nilaikan dimana kesimpulan yang dapat dibuat adalah "setiap ujian yang telah diberikan daripada ALLAH s.w.t kepada makhluk ciptaanya ada hikmah disebaliknya".

Rasanya setakat ini dahulu catatan dan juga merupakan perkongsian maklumat kepada rakan-rakan sekalian. Jika ada kekurangan pada catatan dan huraian ini bolehlah sama-sama memberikan komen rakan-rakan sekalian.

Jumpa semua di lain catatan ana.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Kunci Ke Pintu Syurga

Posted on 1:31 PTG
Assalamualaikum.

Sudah lama rsanya ana tidak membuat catatan baru d blog ana ini. Ana ingin mohon maaf juga kepada rakan-rakan yg sentiasa mengikuti perkembangan blog ana ini kerana ana jarang membuat catatan baru d blog ana ini. Ana bukannya apa setiap intipati yg terdapat d blog ana ini semuanya ana akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan rakan-rakan d blog ana ini. Diharap segala intipati yg cuba ana serapkan kepada rakan-rakan sekalian sedikit sebanyak memberikan pengetahuan, input dan juga pelajaran kepada rakan-rakan sekalian.

Pada petang yg sungguh indah ini ana cuma ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkenaan dengan "Kunci ke Pintu Syurga". Sebelum itu maaf dipohon terlebih dahulu kerana mungkin catatan kali ini agak panjang kerana ianya telah dihuraikan secara mendalam. Diharap rakan-rakan dapat meneliti setiap apa yg cuba ana sampaikan disini.

KUNCI PINTU SYURGA
Dan tiada ilah (yang benar) selain Dia



Pertama dan Terakhir
Ikrar bahwa tidak ada yang berhak untuk diibadahi selain Allah adalah kewajiban pertama setiap orang. Maknanya, sebelum mengikrarkan hal ini, apa pun yang dikerjakan oleh seseorang tidak ada nilainya di sisi Allah, meski ia bersedekah emas sebesar gunung Uhud. Ikrar inilah yang menjadi pembeda antara seorang muslim dengan seorang kafir.

Rasulullah saw. bersabda:
“Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, maka siapa yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ terjagalah dariku harta dan jiwanya kecuali dengan haknya. Adapun hisabnya itu urusan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan ikrar itu pula kewajiban yang terakhir. Maknanya, saat seseorang dijemput maut, hatinya mesti dalam keadaan mengikrarkan hal ini. Jika demikian halnya ia akan mendapatkan kebahagiaan abadi, sedangkan jika sebaliknya yang didapatkannya adalah api yang menyala selama-lamanya.

Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa yang akhir ucapannya (sebelum mati) adalah ‘Laa ilaaha illallaah’ niscaya masuk surga.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Kunci Bergerigi
Ketika menjelaskan perihal hadits di atas, Imam Bukhari menyitir pernyataan Wahab bin Munabbih (34-110 H), seorang tabi’in, saat ditanya tentang ungkapan ‘Laa ilaaha illallaah’ adalah kunci surga. Wahab bin Munabbih tidak menampik pendapat itu. Beliau membenarkannya dengan memberikan catatan.

Katanya:
“Setiap kunci pastilah bergerigi khusus. Maka jika kamu membawa kunci dengan gerigi yang tepat, pintu pun terbuka untukmu, sedangkan jika gerigi kuncimu tidak tepat pintu pun tak akan terbuka.”

Berangkat dari pernyataan Wahab bin Munabbih inilah para ulama menjelaskan bahwa gerigi yang dimiliki oleh kunci surga ‘Laa ilaaha illallaah’ ada tujuh. Jika diri kita memilikinya dengan tepat, pintu surga terbuka untuk kita. Ketujuh gerigi itu adalah:

1. Ilmu

Seorang yang mengikrarkan ‘Laa ilaaha illallaah’ mestilah mengerti makna dan konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ yang diucapkannya. Tanpa diikuti pemahaman dan ilmu yang benar tentang makna dan konsekuensinya, ikrar seseorang takkan bermakna. Apalah makna ucapan seorang yang mabuk yang hanya memahami sebagian dari ucapannya? Atau ucapan orang tidur, bermimpi, dan ‘ngelindur’?

Allah berfirman:
“Ketahuilah bahwa tiada ilah (yang haq) selain Allah.” (QS. Muhammad: 19)

Rasulullah saw. juga bersabda:
“Barangsiapa mati sementara ia mengerti bahwa tidak ada ilah (yang haq) selain Allah, niscaya masuk surga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Yakin

Setelah mengilmui dan mengetahui makna yang terkandung dalam kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ supaya ikrarnya diterima Allah, seseorang mestilah yakin akan hal itu. Keyakinan yang tidak disertai keraguan sedikitpun.

Al-Qurthubi menyatakan:
“Pelafalan dua kalimat syahadat saja tidaklah cukup (sebagai syarat masuk surga); harus ada keyakinan hati.”

Pernyataan beliau sesuai dengan firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yan benar.” (QS. Al-Hujurat: 15)

3. Menerima

Karena keimanan seseorang tidak berhenti pada keyakinan, maka apa pun yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ harus diterima. Menolak satu perkara saja sama dengan menolak keseluruhannya. Yang demikian itu karena apa-apa yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ adalah satu kesatuan yang jika dipisah-pisahkan menjadi tidak berarti.

Jika perkara yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ berupa kabar maka wujud penerimaan kita adalah meyakini kebenarannya; jika itu sudah terjadi kita yakin bahwa itu sudah terjadi, dan jika itu belum terjadi kita pun mesti yakin bahwa itu pasti terjadi. Adapun jika perkara yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ berupa perintah atau larangan maka kita tidak boleh meyakini kebalikannya. Yang wajib adalah yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya; yang haram adalah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya juga.

4. Patuh

Yang dimaksud patuh di sini adalah pangkal kepatuhan atau iradah (kehendak) hati. Maksudnya: saat menghadapi ayat-ayat perintah atau larangan, tidak boleh terdetik di hati kita keengganan atau kesombongan untuk melaksanakannya. Bukankah Iblis dilaknat dan dicap kafir karena enggan dan sombong?

“Maka demi Rabb-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga menjadikan kamu (Nabi Muhammad saw.) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. An-Nisa’: 65)

Yang perlu diperhatikan di sini adalah bahwa orang yang tidak melaksanakan perintah atau melanggar larangan belum tentu ia enggan dan sombong terhadap perintah atau larangan itu. Bisa jadi ia lalai, tidak sengaja, atau terpedaya oleh tipuan setan seperti halnya Adam yang mendekati pohon ‘terlarang’. Dan Adam tidak dilaknat dan tidak dicap kafir oleh Allah karena pelanggaran yang dilakukannya itu.

5. Sebenar-benarnya

Maksud sebenar-benarnya (shidiq) di sini adalah tidak menipu Allah (baca: menipu diri sendiri) dan tidak bermain-main dalam mengucapkan kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’. Ibnu Rajab Al-Hambali menyatakan bahwa orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ lalu ia mentaati setan dan hawa nafsunya dalam bermaksiat kepada Allah dan menyelisihinya, sama saja ia telah bermain-main dengan ucapannya. Perbuatannya mendustai ucapannya.

Allah berfirman:
“Di antara manusia ada yang mengatakan, ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’ padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar.” (QS. Al-Baqarah: 8-9)

6. Ikhlas

Ikhlas artinya memurnikan setiap perkataan dan perbuatan hanya karena Allah. Maknanya, apa pun perkataan dan perbuatan yang menjadi konsekuensi dari kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ mesti dihadirkan karena Allah, bukan selain-Nya. Yang demikian itu karena suatu perkataan atau perbuatan tidak akan diterima oleh Allah jika diikuti dengan riya’ atau sum’ah.

Dalam sebuah hadits qudsi, Allah swt. berfirman:
“Barangsiapa mengerjakan suatu amalan hal mana ia menyekutukan-Ku dengan selain-Ku dalam amalan itu, niscaya aku tinggalkan ia dan sekutunya.” (HR. Muslim)

7. Cinta

Yang dimaksud cinta di sini adalah mencintai kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’, semua konsekuensinya, dan mencintai orang-orang yang komitmen kepadanya. Kemudian membenci dan memusuhi apa saja yang bertentangan dengan kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’. Begitu pun dengan orang-orang yang menentangnya.

Allah berfirman:
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” (QS. Al-Baqarah: 165)

Mengertikah Para Sahabat?

Kadang muncul pertanyaan, apakah para sahabat dulu juga mengerti bahwa gerigi kunci ini ada tujuh? Bagi yang mengerti bagaimana kodifikasi suatu ilmu itu hadir mestinya tidak kesulitan menjawab pertanyaan ini. Sebab, adanya para ulama menyatakan bahwa gerigi kunci ini ada tujuh adalah karena mereka mengkaji bagaimana kehidupan para sahabat; dan mereka mendapati bahwa meski para sahabat tidak tahu gerigi yang tujuh itu tetapi kehidupan mereka mencerminkan bahwa ketujuh gerigi itu sudah mendarah daging dengan mereka.

Wallahu a’lam.
Baca Lagi >>

Sorong Papan, Tarik Papan

Posted on 1:17 PTG
Assalamualaikum.

Kembali dan bersua lg d catatan blog ana pd hari ini. Hari ini ana cuma ingin mengetengahkan peribahasa ini "Sorong papan, tarik papan; buah keranji dalam perahu; suruh makan, dia makan; disuruh mengaji (belajar) dia tak mahu".

Dahulunya kita diajar oleh cikgu disekolah apa makna peribahasa ini bukan, tetapi skrg mungkin kita kian lupa akan maksud disebalik peribahasa ini. Banyak perkara kita disuruh belajar. Kali ini mari kita melihat apa yang kerajaan suruh kita belajar dan untuk apa serta keuntungan siapa?

Kita disuruh belajar agar tidak menjadi bankrap seperti Greece, oleh itu subsidi rakyat kena dipotong. Subsidi kepada syarikat swasta besar masih dikekalkan walaupun jumlahnya sepuluh kali ganda berbanding subsidi untuk rakyat. Harapnya negara kita tidak akan tergolong seperti Greece.

Kita disuruh belajar agar tidak meniru budaya barat, oleh itu sudah ada perancangan untuk menyekat penggunaan internet dengan peraturan-peraturan baru. Sekatan hanya untuk rakyat sedangkan lesen jalur lebar dikeluarkan untuk mencapai sasaran penggunaan internet kerajaan dengan bayaran kos yang agak tinggi untuk kelajuan yang tidak mencukupi pula tidak disekat. Hurm..apa kata anda? Adakah salah apa yg ana ingin ketengahkn ini. Cuba bg pandangan anda.

Kita disuruh belajar menukar gaya hidup dengan memberhentikan langganan stesen televisyen berbayar dan tidak meminjam untuk pembelian kereta kerana menghadapi kos sara hidup tinggi sedangkan gaji tidak meningkat dan yang meningkat hanya harga barang keperluan. Barang naik, tetapi kadar inflasi masih tidak naik pada 2.07 peratus.

Bagaimana ia dikira masih misteri dan tidak pula diikut oleh peniaga-peniaga apabila kebanyakan harga barang naik melebihi kadar inflasi 2.07 peratus dengan harga teh tarik pun sudah naik sehingga 20 sen atau lebih 15 peratus dari harga asal.

Kita disuruh belajar menjadi 1Malaysia, oleh itu belanja besar termasuk khidmat nasihat APCO dikeluarkan, tetapi malangnya sindrom cakap tak serupa bikin sebaliknya mentakrifkan usaha ini.

Peristiwa kenyataan perkauman beberapa warga guru dan pegawai khas Perdana Menteri satu ketika dahulu ditambah retorik Perkasa dan terbaru pembakaran patung manusia di Lembah Pantai kerana isu azan menjadikan 1Malaysia hanya slogan mahal harganya dan rendah nilainya.

Kita disuruh belajar menerima dan menghafal berbagai-bagai akronim seperti NEM, GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP di samping UPSR, PMR, SPM dan STPM untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang bebas keluar dari perangkap negara berpendapatan sederhana.
Malangnya, projek mewah berbilion ringgit daripada menara 100 tingkat kepada pembinaan MRT di Kuala Lumpur dikatakan bernilai RM36 bilion, tetapi setelah diambil kira kos tanah dan sistem kereta api dianggarkan akan menjangkau RM50 bilion yang sepatutnya dibiayai pihak swasta, tetapi nampaknya akan ditanggung rakyat melalui akronim SPV (Special Purpose Vehicle).

Kemungkinan besar rakyat akan disuruh belajar menanggung belanja besar yang tidak dapat menutup jurang kekayaan atau kemiskinan di antara golongan 20 peratus rakyat terkaya yang terus meningkat pendapatan mereka, manakala 40 peratus yang termiskin masih teraba-raba mencari ruang pendapatan baru untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kita disuruh belajar menjiwai semangat kesukanan dan perjuangan Harimau Malaya yang menjadi johan bola sepak Piala Suzuki sedangkan ‘permainan politik’ tanah air masih di padang tidak rata dengan pengadil berat sebelah dan tiang gol sentiasa diubah untuk memenangkan Harimau Jadian yang masih berkuasa.

Kita disuruh belajar untuk melalui pertandingan idea (contest of ideas) dalam ucapan seorang presiden parti politik Melayu sebagai tanda aras kematangan dan keperluan untuk menghadapi dunia global tanpa sempadan, tetapi apabila dicabar berdebat tentang dasar ekonomi penting untuk masa depan negara dan kepentingan rakyat oleh ketua pembangkang, sebaliknya kita pula disuruh belajar untuk diam sahaja.

Kalau tiada debat bagaimana rakyat akan belajar apa dan siapa sebenarnya akan mendapat untung daripada dasar ekonomi negara?

Akhir sekali kita disuruh belajar bahawa negara kita sudah merdeka lagi demokratik sedangkan selama 51 tahun daripada 54 tahun kemerdekaan kita masih di bawah pengisytiharan darurat, masih di bawah undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA, masih memiliki proses pilihan raya yang tidak telus, masih tiada kebebasan media, masih tiada pilihan raya kerajaan tempatan dan masih tidak menunaikan perjanjian sewaktu pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Bukankah sudah tiba masanya kerajaan dan pembangkang bersama-sama belajar meluluskan rang undang-undang Akta Pemulihan Demokrasi secara dwi-partisan pada persidangan Parlimen tergempar dengan kadar segera kerana kita disuruh belajar bahawa sudah Tenang di Tunisia?

Fikir2kanlah. Semua jawapan ada pada anda semua. Kita yg menentukan kemajuan ataupun kejatuhan negara kita sendri. Oleh itu, jadilah rakyat yang bijak.

Setakat ini dahulu catatan ana, jmpa anda dilain catatan ana.

Assalamualaikum.
Baca Lagi >>

Takaful Ikhlas raih anugerah Brandlaureate

Posted on 2:31 PTG In:
Assalamualaikum.

Wah!!!sungguh lama ana xedit blog ana ini sbb urusan kerja yg xmengizinkan ana utk membuat catatan baru. Hari ini cuma nk berkongsi berita gembira utk mereka yg merupakan agen bagi Takaful Ikhlas. Syukur ke hadrat illahi kerana segala usaha kita sbgai agen mendapat tempat di dunia kita.

Jenama Takaful Ikhlas sekali lagi menerima pengiktirafan daripada BrandLaureate SMEs Chapter Awards 2010. Ini adalah penghargaan yg sngt tinggi. Alhamdulillah.

Anugerah yang telah dimenangi oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah untuk kategori kecemerlangan Penjenamaan Korporat - Jenama Terbaik- dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam (dua tahun berturut-turut) dan juga Penjenamaan Produk - Jenama Terbaik - Perkhidmatan Insurans Kesihatan (tiga tahun berturut-turut). InsyaALLAH ianya akan berkekalan bg thun2 berikutnya. Amin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, kejayaan itu membuktikan jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri yang diterima dan menepati citarasa selaras keperluan rakyat Malaysia.

Anugerah titu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada majlis penganugerahan yang telah diadakan di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Rasanya stakat ini dahulu la perkongsian ana. Jumpa ana di lain catatan ana yang mana mungkin ianya mengenai takaful ikhlas atau yg lainnya.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Jiwa Mati Jika Hati Kering

Posted on 1:08 PTG In:
Assalamualaikum..

Selamat petang dan menjamu selera ana ucapkan kepada semua. Ribuan maaf ana ucapkan kepada rakan-rakan ana yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ana ini kerana sejak kebelakangan ini ana cukup sibuk dalam menjalankan tanggungjawab yang telah ditugaskan sampaikan blog ana ini sikit ana abaikan. Hope rakan-rakan semua faham.

Pada petang ini ana tak nak menghuraikan pandangan daripada ana sendiri tapi apa yang ana akan santapkan kepada rakan-rakan semua ini adalah email dari seorang Dr yang mana membincangkan tentang tajuk yang ana maksudkan di atas. Ok ana tak nak cakap panjang lebar. Sama-sama kita renungkan apa yang ingin disampaikan oleh beliau kepada anda semua rakan-rakan ana.

Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya

Hawa nafsu suka kebodohan, kemalasan jauhkan seseorang daripada Islam

APABILA Allah menghendaki kebaikan pada diri manusia, maka Dia akan menitiskan ke dalam hati mereka satu semangat cintakan ilmu-Nya. Dengan ilmu itu manusia mengerti mengenai dirinya, baik kelebihan, mahupun kelemahannya. Ilmu juga menunjukkannya jalan yang benar dan menasihati hati untuk tidak mengambil jalan salah.

Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis mengenai keutamaan ilmu dalam kitab Shaydul Khatir: “Ilmu sudah membawa diriku menuju pengetahuan mengenai Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya seraya melihat sifat-Nya. Hatiku juga berasa getaran kebesaran-Nya sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu sehingga kamu mengenal Allah? Aku pun menjawab: Sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku sudah sampai ke destinasi, masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku: Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula pengetahuanmu mengenai Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana cara mendekati-Nya. Esok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar firman-Nya kepada Nabi SAW: Katakanlah (Wahai Muhammad) Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Taha, ayat 14)

Jika hati sudah berpaling daripada ilmu, ia akan disibukkan yang selain daripada-Nya. Saat itu anda kehilangan kemanisan bermunajat kepada Allah, itulah azab yang paling dahsyat dalam kehidupan seorang hamba.

Ilmu mengenai Islam bukan milik pelajar yang mengambil aliran agama saja. Ilmu Islam bukan terbatas hak milik ustaz dan ustazah saja. Al-Quran diturunkan bukan untuk kalangan hamba yang belajar agama, sementara orang kebanyakan tidak berhak mempelajarinya.

Maka, yang duduk di masjid ialah hanya pesara, orang yang pernah berkaitan dengan sekolah agama atau pondok, anak dan cucu imam saja.

Ramai lagi yang belum bersedia belajar mengenai Islam, bahkan mungkin tidak tergerak pun mahu menghayati agama yang diwariskan dari zaman berzaman. Bagi mereka cukuplah kiranya agama Islam itu hanya mengucap syahadat dan setahun sekali berasakan hari raya.

Semudah itukah sebenarnya agama yang perlu difahami dan diamalkan?

Hakikatnya, perkara yang menjauhkan seseorang daripada Islam ialah hawa nafsunya yang suka kepada kebodohan dan kemalasan, diperhamba oleh syahwatnya sendiri, condong kepada kejahatan dan termakan pujuk rayu syaitan. Hingga suatu masa, Allah membersihkan diri mereka daripada palitan kebusukan hawa nafsu yang menjijikkan itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar, sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun daripada kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nuur, ayat 21)

Ayat itu menegaskan cara Allah menyelamatkan manusia daripada kejahatan diri sendiri, iaitu Allah membersihkan mereka dengan kurnia-Nya yang berupa hidayah dan ilmu, ditambah lagi dengan turunnya rahmat supaya manusia tidak tenggelam di lautan kekejian dan kemungkaran.

Hidup tanpa ilmu Islam umpama badan tanpa roh. Tegasnya, jiwa manusia boleh mati disebabkan kekeringan ilmu agama. Akhirnya yang berjalan itu hanyalah makhluk manusia tanpa perasaan, hati dan arah tuju yang jelas.

Mahu ke mana dia melangkah? Di mana tempat berhenti dan destinasi yang terakhir? Langkah sekadar mengikuti kelazatan syahwatnya sendiri. Maka, ramai mengadu tidak pernah berasakan kepuasan, walaupun sudah berada di puncak kejayaan dalam kariernya, tetapi pada masa sama ramai tidak peduli naluri mereka yang sebenarnya haus akan sentuhan hidayah Allah.

Naluri manusia perlukan Allah. Mereka tidak mungkin mencapai-Nya melainkan dengan ilmu Islam. Tetapi sayang, ramai yang menunda masa untuk belajar. Tunggu pergi haji atau pencen nanti, nak Islam jika perlu untuk uruskan orang mati, kenduri tahlil, majlis makan dan doa selamat.

Islam seolah-olah hanya suatu simbol untuk sekadar membaca doa pada majlis keramaian, balik rumah nanti masing-masing dengan perangainya yang bercanggah nilai Islam. Islam itu ilmu, memeluk Islam bererti meletakkan komitmen belajar melebihi komitmen yang lain.

Sahabat Baginda SAW terdiri daripada pelbagai golongan, mereka bekerja sebagai peniaga dan petani yang berjaya. Islam sudah membuktikan semakin mereka mencintai ilmu, beriman dan berjuang untuk Islam semakin terbuka lebar pintu dunia boleh ditakluki.

Kurang daripada 50 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam sampai di Afrika Utara hingga Asia. Siapa kata orang yang berpegang kepada agama tidak boleh memimpin dunia?

Tetapi, kini generasi baru ada yang percaya konsep jika mahu berjaya pisahkan diri daripada Islam. Jangan campurkan urusan dunia dengan Islam. Akibatnya ilmu agama kehilangan peminatnya dan agama tidak dijadikan pegangan hidup. Ia hanya sekadar simbol rasmi milik masyarakat turun temurun.

Akhirnya yang lahir adalah generasi buta agama, tidak mesra al-Quran, alahan apabila mendengar hadis dibaca. Yang paling teruk ialah menaruh rasa curiga dan permusuhan apabila ada seseorang yang mahu menegakkan Islam. Mereka percaya, Islam menghalang kemajuan.

Puncanya kerana dari kecil hingga dewasa hatinya tidak tersentuh dengan ilmu Islam. Mereka hanya belajar bagaimana menguasai dunia, tetapi tidak tahu bagaimana menundukkan jiwa, mereka belajar memakmurkan bumi, tetapi jahil mengenai Tuhan yang Maha Menguasai langit dan bumi. Mereka tidak kenal agama melainkan kulitnya saja, bahkan condong kepada fahaman buatan manusia.

Prof Dr Hamka pernah mengingatkan pemuda yang dipengaruhi fahaman dari luar Islam pada zaman komunis bermaharajalela di Indonesia suatu ketika dulu. Hamka berkata: “Ramai pemuda sekarang ini yang bangga dengan fahaman liberalis, kapitalis, sosialis, marxis, nasionalis, materialis. Akhirnya apabila sudah kena jangkitan siflis (penyakit kelamin), kaki berjalan mengangkang dan menangis barulah balik kepada agama.”

Fahaman dan buah fikiran boleh dicipta, tetapi jangan sampai menentang agama dan wahyu. Ramai orang yang disesatkan oleh ilmunya kerana berpaling daripada ilmu Allah.

Setiap apa yang cuba disampaikan oleh Dr sedikit sebanyak dapat memberikan ana sendiri sedak apa yang sedang kita jalani sepanjang kehidupan ini. Sama-sama kita renungkan dan fahamkan ye. Setakat ini perkongsian yang ana ingin berkongsi dengan anda semua. InsyaALLAH di lain hari jumpa lagi di teratakian blogku ini.

Assalamualaikum.

Wassalam.
Baca Lagi >>

Teman Blog

99 Nama Allah

Demi Masa

Kalendar

Kotak Pesanan

Akhbar Online

Blog Kawan-kawan

free counters