Assalamualaikum.

Kembali dan bersua lg d catatan blog ana pd hari ini. Hari ini ana cuma ingin mengetengahkan peribahasa ini "Sorong papan, tarik papan; buah keranji dalam perahu; suruh makan, dia makan; disuruh mengaji (belajar) dia tak mahu".

Dahulunya kita diajar oleh cikgu disekolah apa makna peribahasa ini bukan, tetapi skrg mungkin kita kian lupa akan maksud disebalik peribahasa ini. Banyak perkara kita disuruh belajar. Kali ini mari kita melihat apa yang kerajaan suruh kita belajar dan untuk apa serta keuntungan siapa?

Kita disuruh belajar agar tidak menjadi bankrap seperti Greece, oleh itu subsidi rakyat kena dipotong. Subsidi kepada syarikat swasta besar masih dikekalkan walaupun jumlahnya sepuluh kali ganda berbanding subsidi untuk rakyat. Harapnya negara kita tidak akan tergolong seperti Greece.

Kita disuruh belajar agar tidak meniru budaya barat, oleh itu sudah ada perancangan untuk menyekat penggunaan internet dengan peraturan-peraturan baru. Sekatan hanya untuk rakyat sedangkan lesen jalur lebar dikeluarkan untuk mencapai sasaran penggunaan internet kerajaan dengan bayaran kos yang agak tinggi untuk kelajuan yang tidak mencukupi pula tidak disekat. Hurm..apa kata anda? Adakah salah apa yg ana ingin ketengahkn ini. Cuba bg pandangan anda.

Kita disuruh belajar menukar gaya hidup dengan memberhentikan langganan stesen televisyen berbayar dan tidak meminjam untuk pembelian kereta kerana menghadapi kos sara hidup tinggi sedangkan gaji tidak meningkat dan yang meningkat hanya harga barang keperluan. Barang naik, tetapi kadar inflasi masih tidak naik pada 2.07 peratus.

Bagaimana ia dikira masih misteri dan tidak pula diikut oleh peniaga-peniaga apabila kebanyakan harga barang naik melebihi kadar inflasi 2.07 peratus dengan harga teh tarik pun sudah naik sehingga 20 sen atau lebih 15 peratus dari harga asal.

Kita disuruh belajar menjadi 1Malaysia, oleh itu belanja besar termasuk khidmat nasihat APCO dikeluarkan, tetapi malangnya sindrom cakap tak serupa bikin sebaliknya mentakrifkan usaha ini.

Peristiwa kenyataan perkauman beberapa warga guru dan pegawai khas Perdana Menteri satu ketika dahulu ditambah retorik Perkasa dan terbaru pembakaran patung manusia di Lembah Pantai kerana isu azan menjadikan 1Malaysia hanya slogan mahal harganya dan rendah nilainya.

Kita disuruh belajar menerima dan menghafal berbagai-bagai akronim seperti NEM, GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP di samping UPSR, PMR, SPM dan STPM untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang bebas keluar dari perangkap negara berpendapatan sederhana.
Malangnya, projek mewah berbilion ringgit daripada menara 100 tingkat kepada pembinaan MRT di Kuala Lumpur dikatakan bernilai RM36 bilion, tetapi setelah diambil kira kos tanah dan sistem kereta api dianggarkan akan menjangkau RM50 bilion yang sepatutnya dibiayai pihak swasta, tetapi nampaknya akan ditanggung rakyat melalui akronim SPV (Special Purpose Vehicle).

Kemungkinan besar rakyat akan disuruh belajar menanggung belanja besar yang tidak dapat menutup jurang kekayaan atau kemiskinan di antara golongan 20 peratus rakyat terkaya yang terus meningkat pendapatan mereka, manakala 40 peratus yang termiskin masih teraba-raba mencari ruang pendapatan baru untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kita disuruh belajar menjiwai semangat kesukanan dan perjuangan Harimau Malaya yang menjadi johan bola sepak Piala Suzuki sedangkan ‘permainan politik’ tanah air masih di padang tidak rata dengan pengadil berat sebelah dan tiang gol sentiasa diubah untuk memenangkan Harimau Jadian yang masih berkuasa.

Kita disuruh belajar untuk melalui pertandingan idea (contest of ideas) dalam ucapan seorang presiden parti politik Melayu sebagai tanda aras kematangan dan keperluan untuk menghadapi dunia global tanpa sempadan, tetapi apabila dicabar berdebat tentang dasar ekonomi penting untuk masa depan negara dan kepentingan rakyat oleh ketua pembangkang, sebaliknya kita pula disuruh belajar untuk diam sahaja.

Kalau tiada debat bagaimana rakyat akan belajar apa dan siapa sebenarnya akan mendapat untung daripada dasar ekonomi negara?

Akhir sekali kita disuruh belajar bahawa negara kita sudah merdeka lagi demokratik sedangkan selama 51 tahun daripada 54 tahun kemerdekaan kita masih di bawah pengisytiharan darurat, masih di bawah undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA, masih memiliki proses pilihan raya yang tidak telus, masih tiada kebebasan media, masih tiada pilihan raya kerajaan tempatan dan masih tidak menunaikan perjanjian sewaktu pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Bukankah sudah tiba masanya kerajaan dan pembangkang bersama-sama belajar meluluskan rang undang-undang Akta Pemulihan Demokrasi secara dwi-partisan pada persidangan Parlimen tergempar dengan kadar segera kerana kita disuruh belajar bahawa sudah Tenang di Tunisia?

Fikir2kanlah. Semua jawapan ada pada anda semua. Kita yg menentukan kemajuan ataupun kejatuhan negara kita sendri. Oleh itu, jadilah rakyat yang bijak.

Setakat ini dahulu catatan ana, jmpa anda dilain catatan ana.

Assalamualaikum.