Assalamualaikum.

Wah!!!sungguh lama ana xedit blog ana ini sbb urusan kerja yg xmengizinkan ana utk membuat catatan baru. Hari ini cuma nk berkongsi berita gembira utk mereka yg merupakan agen bagi Takaful Ikhlas. Syukur ke hadrat illahi kerana segala usaha kita sbgai agen mendapat tempat di dunia kita.

Jenama Takaful Ikhlas sekali lagi menerima pengiktirafan daripada BrandLaureate SMEs Chapter Awards 2010. Ini adalah penghargaan yg sngt tinggi. Alhamdulillah.

Anugerah yang telah dimenangi oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah untuk kategori kecemerlangan Penjenamaan Korporat - Jenama Terbaik- dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam (dua tahun berturut-turut) dan juga Penjenamaan Produk - Jenama Terbaik - Perkhidmatan Insurans Kesihatan (tiga tahun berturut-turut). InsyaALLAH ianya akan berkekalan bg thun2 berikutnya. Amin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, kejayaan itu membuktikan jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri yang diterima dan menepati citarasa selaras keperluan rakyat Malaysia.

Anugerah titu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada majlis penganugerahan yang telah diadakan di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Rasanya stakat ini dahulu la perkongsian ana. Jumpa ana di lain catatan ana yang mana mungkin ianya mengenai takaful ikhlas atau yg lainnya.

Wassalam.