Assalamualaikum.

Sungguh cepat masa berlalu bukan. Hari ini dah menjangkau hari Rabu, rasanya semalam baru hari isnin. Masa hari ini juga ana rasa cepat juga berlalu, rasanya baru sekejap menjalankan tugasan harian sebagai pekerja tetapi skrg sudah tiba masa untuk rehat. Sebelum ana makan tengahari, catatan baru ana ingin kongsikan kepada rakan-rakan sekalian pada hari ini terutama sekali kepada pengikut setia blog ana ini.



Pada hari ini ana ingin menyentuh satu tajuk iaitu berkenaan dengan Apa itu Dinar dan Dirham. Pada bulan yang lepas ana dikunjungi oleh seorang ustaz yang merupakan sahabat ana yang sama-sama menjayakan Persatuan Anak Kelantan bagi daerah Wilayah Persekutuan & Selangor (PERSADA). Ustaz menghulurkan 1 paket dinar mas, pada mulanya ana terkejut ingtkn kenapa, rupanya Ustaz ingin promosikan kepada ana. Rasanya tidak perlu la ana berceloteh panjang tentang cerita ini, ana teruskan huraian tentang apa yang ana perkatakan tadi.

Koin dinar emas adalah koin emas 22 karat dengan berat 4,25 gram dan diameter 23 mm yang dapat berfungsi sebagai alat investasi dan proteksi nilai kekayaan.

Mengapa 4,25 gram?

Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam bersabda “Timbangan mengikuti yang digunakan penduduk Mekah, Takaran mengikuti yang digunakan penduduk Madinah”.

Dari hadits Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam tersebut, Dr. Qaradawi menyimpulkan bahwa berat 1 Dinar atau 1 Mithqal adalah sama dengan 4.25 gram timbangan saat ini ; sedangkan berat 1 Dirham adalah 2.975 gram.

Mengapa 22 karat?

Berikut adalah fakta-fakta sejarah:

1. Semasa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam masih hidup; beliau belum (memerintahkan ) mencetak Dinar Islam sendiri. Berarti Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Salam menggunakan Dinar yang diproduksi oleh dunia di luar Islam. Apa yang ada sebelum Islam atau di luar Islam kemudian juga digunakan oleh beliau, maka ini menjadi ketetapan atau taqrir beliau – yang ber ati Dinar (uang emas) diluar Islam-pun boleh digunakan oleh umat Islam.

2. Dinar baru mulai dicetak di Kekhalifahan Islam pada jaman Kekhalifahan Mu’awiyah bin Abu Sufyan (41-60H) ; namun pada jaman itu uang emas dari Byzantine tetap juga digunakan bersama Dinar Islam.

3. Pada jaman Kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (75 H-76 H) barulah beliau melakukan reformasi finansial, dimana hanya Dinar dan Dirham Islam yang dipakai di Kekhalifahan.

4. Sampai abad 19 koin-koin emas yang ada di dunia hanya berkadar antara 0.900 % – 0.9166 % atau yang paling mendekati adalah 22 karat ( 22 karat = 22/24 = 0.917%).

Walahua'lam

Info ini ana perolehi dari sumber-sumber yang mana ana rasa ianya belum mencukupi. Jika ada sebarang tambahan berkenaan ini sama-samalah kita kongsikan kerana ana budak baru belajar, bak kata orang salah silalah tunjukkan. Ianya adalah bertujuan tuk kefahaman kita berkenaan perkara ini.

Rasanya setakat ini dahulu catatan ana buat kali ini. Berjumpa rakan-rakan sekalian di catatan ana yang lainnya yang bakal menyusur tiba. Assalamualaikum.

Wassalam.