Assalamualaikum.

Bertemu kita kembali pada catatan baru ana di blog ana ini. Pada hari ini ana ingin menyentuh sedikit tentang cinta. Rasanya telah lama ana tidak menyuarakan pendapat tentang cinta. Dahulunya rakan-rakan menyatakan ana adalah DR.CINTA. Sebabnya kenapa rakan-rakan ana cakap ana sentiasa ada idea untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul diantara pasangan rakan-rakan ana. Mungkin itu kelebihan sedikit yg ana pada ana. Alhamdulillah.

Pada kali ini ana ingin menyentuh tentang cinta dari aspek kesabaran. Setiap kesabaran mengajar kita erti hidup yg sebenar. Kesabaran dalam menempuh dunia cinta kepada manusia merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan penekanan oleh kita sebagai manusia biasa. Tidak salah untuk bercinta seperti mana sebelum ini ana telah huraikan makna cinta dan jenis-jenis cinta.



Rakan-rakan sekalian kamu semua memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menempuh atau mengharungi setiap saat dan detik dalam hubungan percintaan dengan kekasih kamu. Sekiranya kamu mempunyai kesabaran yang tinggi segala permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Mengikut kata-kata ulama "Sabar merupakan separuh daripada iman". Contoh sikap tidak sabar adalah-

a) Jika berlakunya kesesakan lalulintas.
b) Membawa kenderaan dengan had laju.
c) Suka memarahi orang dan kekasih anda.

Adanya kesabaran dalam diri mempunyai kelebihan yang banyak terhadap kamu dan kekasih. Diantaranya ialah kamu dapat berbincang antara satu sama lain, mengelakkan daripada melakukan kesilapan / pergaduhan dan akan disukai oleh orang lain.

Untuk memiliki sikap sabar memang memerlukan displin yang tinggi. Disini terdapat 5 cara untuk memiliki sikap sabar :-

1. Menunaikan solat fardhu ( Bagi agama islam)
2. Suka memaafkan kesalahan orang lain.
3. Menahan marah jika anda merupakan seorang panas baran.
4. Suka menolong orang dalam kesusahan.
5. Sentiasa berdoa.

Banyak lagi cara untuk memiliki sikap sabar, disini hanyalah beberapa sahaja yang boleh ana berikan kepada kamu. Walaupun pada dasarnya ianya nampak mudah tetapi jika kita tidak jalankannya sama seperti kita mengulangi kesilapan kita berulang kali. Jadi ana harap kamu semua dapat sama-sama bersama ana mengamalkannya. Semoga rakan-rakan sekalian akan berbahagia dengan pasangan kamu sekalian.

Pada mereka yang telah putus cinta. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana setiap kesabaran memberikan kita satu ruang dan peluang yang lebih baik InsyaALLAH.

Rasanya setakat ini dahulu la catatan ana pada kali ini. Moga dapat bertemu kamu semua lg di lain catatan ana. Assalamualaikum.

Wassalam.