Assalamualaikum.

selamat pagi.buat pertama kalinya ana membuat cacatan berkenaan dengan feel ana untuk 1 hari.pd hari ni ana tertengok akan satu pek ubat yang mana ana dapat masa ana pergi klinik 2 hari lepas kerana doktor cakap ana keracunan makanan.bila ditenungkan ubat tu ana tiba-tiba teringatkan ma ana dikampung.sihatkah ma,ayah&adik2 ana tu?minta2 sihat walafiatlah mereka semua yang ana sangat sayang dalam hidup ana.

hurm.terlupa pula ana tentang topik yang ana nak kongsikan dengan sahabat2 ana yang follow ana punya blog ini.topik ana yang ana nak rungkaikan petang ini berkenaan dengan DOKTOR saya.mesti anda semua tertanya-tanya siapakah doktor ana itu?hebatkah dia?kenapa dengan doktor tu?hihihi.

anda semua mesti pernah sakit&pernah pergi klinik mahupun hospital kan?mesti pernah kan.ana mcm anda semua, bila sakit klinik@hospital.msti banyak kan ubat yang doktor bagi,kadang-kadang tu anda mesti tak habis makan ataupun ayat yang senang nak faham mesti anda semua buang kan.hurm.membazir je kan.

teringat ana masa zaman ana kecik2 yang mana ana jarang pergi ke klinik mahupun hospital masa ana kecik kerana ana ada DOKTOR ana sendiri.wow.hebatnya ada doktor sendiri.kayanya awak.doktor peribadi lagi tu.hehehe.<--hhuhuhu.sy memang hebat.

huhuhu.anda semua terkena la.ana mana la kaya seperti yang diperkatakan.ana cuma anak kepada makcik yang membuat kuih setiap pagi untuk dihantarkan ke warung2 berdekatan dan pakcik yang kerjanya memotong kertas di sebuah kilang percetakan yang kecil, mana la ana mampu untuk upah DOKTOR peribadi.

anda semua mesti tertanya2 kan siapakah DOKTOR peribadi yang ana cuba maksudkan ini.DOKTOR peribadi ana adalah ibu ana.tp ana tak lah panggil ibu ana ibu.ana gelarkan ibu ana "MA".anda semua mesti ada DOKTOR peribadi macam ana kan?tidak kurangnya pd mereka yang tiada DOKTOR peribadi macam ana diharap kalian bersabar ye.sbb setiap apa kekurangan yang ALLAH berikan pada kita mesti ada kelebihannya.

*ana ingin memohon maaf jika ayat diatas membuatkan kalian yang sudah tidak mempunyai ayah&ibu/ibu/ayah.semoga kalian semua tabah ye.

sambung kepada cerita ana tadi.bila teringat zaman kecil ana tiba2 air mata bercucuran mengalir membasahi pipi ini.ana ingt lagi semasa ana sakit ma biasanya akan berusaha untuk menyembuhkan ana dengan apa cara sekalipun.ma akan cakap "adik rht dlu ye,nanti ma masakkan bubur nasi".smbil menunggu bubur nasi masak ma akan baringkan ana ke atas tikar yang dilapik dengan kain bagi alas belakang ana&bantal juga disediakan.lepas 2 ma tercari-cari kain bersih di almari kerana nk tuamkan kepalaku ngan tuala basah supaya demamku cepat kebah.

ma ana la yang ana maksudkan DOKTOR ana.ubat yg diberikan cukup berkesan.ma adik syg sangat kat ma.ma la segala-galanya untuk adik.

rsanya setakat ini dahulu la coretan ana pd hari ini.jumpa anda d lain coretan ye.

Assalamualaikum.

Wassalam.