Assalamualaikum.
Sudah terlalu lama ana tidak membuat catatan baru di blog ana ini. Tadi semasa buat kerja tiba-tiba terfikir pula tentang kecantikan bila kawan-kawan bercerita tentang produk-produk kecantikan di fb. Ana jadi tertarik ingin kongsikan tips kecantikan untuk muslimah yang mana sama sekali ianya tidak berkaitan dengan produk kecantikan yang ada di luar sana.
Sama-sama kita hayati serta amalkannya ya sebab ana sudah mengamalkannya selama ini dan alhamdulillah ianya berhasil. Kawan-kawan tegur kenapa muka ana semakin berseri-seri sejak 2 menjak ni.(merah padam muka jadinya). Biasanya pujian itu ikhlas sbb kadang-kadang kita tidak perasan yang mana bila kita puji diri sendiri cantik selalunya kita perasan@shok sendiri.(^_^).(cuma bergurau).Pada ana tidak salah jika kita memuji diri sendiri sekalipun sbb biasanya pujian kita juga merupakan doa.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."(Riwayat Muslim)
Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.InsyaALLAH.
1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.
2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari
3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.
4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.
5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah 'sabun' yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), 'sabun' ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.
6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.
7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.
8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.
9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.
Wallahua'lam.
Ianya cuma amalan yang pada ana ianya tidak salah sama sekali kawan-kawan semua ingin amalkan atau tidak.Dan pada mereka yang ingin cuba amalkan, jom sama-sama kita amalkannya.
Rasanya setakat ini dahulu catatan ana buat kali ini.Jumpa lagi di lain catatan ana.
Assalamualaikum.
Wassalam.

0 Response to "Tips Kecantikan untuk Muslimah"
Catat Ulasan