Assalamualaikum.

Bertemu lagi rakan-rakanku sekalian d catatan baru blogku ini. Rasa rindu pada penulisan itu yang membuatkan ana membuat catatan lagi pd blog ana ini. Pada hari ini ana cuma ingin menyentuh berkenaan dengan ujian daripada ALLAH s.w.t.

Ujian daripada ALLAH s.w.t tidak akan lekang dari setiap ciptaanNYA termasuk kita sebagai makhluk ciptaanNYA.



Allah mencipta langit dan bumi, dengan segala perhiasannya, dan mencipta manusia, dengan deria penglihatan dan pendengaran, dan mencipta kematian dan kehidupan, kesemuanya untuk menguji manusia supaya dapat dikenali siapa antara mereka yang lebih baik atau yang paling baik dalam amalan. Firman-Nya:

"Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya." (11:7)

"Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan." (18:7)

"Kami mencipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat." (76:2)

"Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun," (67:2)

Juga, untuk mengenali siapa yang takut kepada Allah yang dalam keadaan ghaib (5:94) dan siapa yang berjuang dan yang sabar (47:31)

Setiap manusia diuji dengan apa-apa yang buruk dan yang baik, atau kejahatan dan kebaikan. Kemudian mereka akan mati dan seterusnya dikembalikan kepada Allah untuk dihakimkan pada hari akhirat. Firman-Nya:

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)
_____________________________________________________________________________________

Antara manusia, ada yang diuji dengan benda-benda yang baik dan yang buruk supaya mereka kembali kepada jalan yang sebenar iaitu jalan yang ditentukan di dalam Kitab Allah. Firman-Nya:

"dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali." (7:168)

Ada pula yang diuji supaya bertaubat. Seperti orang-orang yang tidak percaya (kepada Allah dan kitab-Nya) yang diuji sekali atau dua kali setahun. Namun, terdapat juga mereka yang tidak mengingati. Firman-Nya,

"Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati." (9:126)

Orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) dan yang mendustakan ayat-ayat-Nya juga diuji. Firman-Nya,

"Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka." (7:163)

"Sesungguhnya Kami menguji mereka (yang mendustakan ayat-ayat Allah) sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi," (68:17)

Pemilik kebun tersebut, pada pagi hari memetik, mendapati kebunnya seperti sudah dipetik (68:20).
_____________________________________________________________________________________

Tidak terlepas daripada ujian Allah adalah orang-orang yang berkata percaya kepada Allah dan Kitab-Nya. Mereka diuji untuk mengetahui siapa yang berkata benar dan siapa yang berdusta. Firman-Nya,

"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, 'Kami percaya', dan tidak akan diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia mengetahui pendusta-pendusta." (29:2-3)

Sesungguhnya petunjuk Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an, atau disebut Peringatan, adalah ujian bagi manusia, untuk mengenali siapa yang berpaling daripadanya. Firman-Nya,

"Supaya Kami menguji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras." (72:17)

Semoga sama-sama kita nilaikan dimana kesimpulan yang dapat dibuat adalah "setiap ujian yang telah diberikan daripada ALLAH s.w.t kepada makhluk ciptaanya ada hikmah disebaliknya".

Rasanya setakat ini dahulu catatan dan juga merupakan perkongsian maklumat kepada rakan-rakan sekalian. Jika ada kekurangan pada catatan dan huraian ini bolehlah sama-sama memberikan komen rakan-rakan sekalian.

Jumpa semua di lain catatan ana.

Wassalam.