Assalamualaikum.

Baru sekejap tadi ana mengetengahkan tentang isu punca kanser / barah. Masa tengah baca balik catatan ana tadi, ana baru sahaja perasan yang maksud kepada kanser / barah itu.

Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri daripada 210 jenis penyakit. kanser merupakan antara penyakit utama kanser. Di Malaysia, anggaran penduduk yang menghidap kanser adalah seramai 150 daripada 100,000 penduduk. kanser boleh dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang baik.

Kanser merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur atau mengalami kecederaan dan tubuh akan menggantikan sel ini dengan jumlah dan jenis yang betul. kadangkala sel ini akan bertambah dan berkembang tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dipanggil tumor. Tumor akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser dan ia akan berkembang dan tersebar ke organ badan melalui saluran darah dan limpa.

FAKTOR RISIKO KANSER / BARAH

1. Berubah

Cara hidup & persekitaran, cara pemakanan, merokok dan minum arak, radiasi & pendedahan di tempat kerja, tabiat seksual, air, udara dan tanah.

2. Tidak berubah

Jantina, umur dan perubahan genetik.

Semoga serba sedikit penerangan ana mengenai kanser / barah ini dapat memberikan sedikit input serta intipati dalam menjalani kehidupan kita. Ingat kita hanya merancang, ALLAH s.w.t yang menentukan segalanya. Sama-samalah kita berhati-hati dengan penularan penyakit kanser / barah ini. Jika saudara/i tergolong diantara mereka yang mengidapi kanser bersabarlah & berusahalah dengan berikhtiar bagi penyembuhan penyakit tersebut.

Ana tidak mahu panjang lebar bercerita tentang isu ini kerana ini membuatkan ana terasa sedih kerana disebabkan kanser / barah, ibu angkat ana meninggal dunia kerana menghidapi penyakit barah payudara tahap empat. Semoga ALLAH s.w.t mencucuri rahmat beliau dan semoga mak ditempatkan diantara mereka yang solehah. Amin.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.