Assalamualaikum.
Maaf ana ingin pohon dari saudara/i yang mungkin mengikuti setiap catatan pada blog ana ini kerana pada malam ini ana mungkin cuma akan menyentuh tentang kisah yang boleh diteladani oleh kita supaya menjadi anak yang soleh mahupun solehah serta menjadi ibu bapa yang menjadi idola putera dan puteri saudara/i semua.
Kali ini catatan ana menyentuh tentang nilai kasih seorang ibu. Ana minta sangat supaya saudara/i renungi setiap apa yang dilafaskan oleh seorang ibu di bawah ini. Selamat membaca.
Ini adalah mengenai nilai kasih ibu.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai - RM4
Tolong jaga adik - RM4
Tolong buang sampah - RM1
Tolong keas bilik - RM2
Tolong siram bunga - RM3
Tolong sapu sampah - RM3
Jumlah: RM17
Selesai membaca, si iu tersenyum memandangkan si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu".
Kemudin si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang ditulisnya.
Wahhhhhhh...mulianya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan seorang putera/i sekalipun. Ya ALLAH alhamdulillah kamu telah mengurniakan seorang ibu yang amat ana sayangi dan bila mengenangkan kembali kenangan ana di zaman kanak-kanak air mata mula deras mengalir kerana keranamu ma orang dapat berdikari seperti hari ini. Terima kasih yang teramat sangat. Jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayatku. ADIK SAYANG MA SANGAT-SANGAT.
Rasanya setakat ini dahulu la catatan ana yang ini kerana emosi setiap wanita biasalah. Kerana wanita ini penyayang.
Wassalam. Salam Ukhwah.

0 Response to "Nilai Kasih Ibu"
Catat Ulasan