Assalamualaikum.
Bertemu lagi di catatan ana ini. Seperti yang dijanjikan ana ingin menyambung perihal SABAR. Biasa kita dengar tentang sabar dimana sabar juga merupakan separuh dari iman.
Pada catatan ini ana ingin menyentuh isu kesabaran Rasulullah dalam menyebarkan ISLAM kepada umat manusia.
Dalam diri Rasulullah s.a.w terdapat keberanian yang luar biasa untuk memperjuangkan agama dan menjunjung tinggi kalimat ALLAH. Rasulullah menjadikan segala nikmat yang diperolehinya disalurkan pada tempat yang sebenar. Aisyah r.a berkata, "Belum pernah Rasulullah memukul seseorang dengan tangannya kecuali dalam perang dan belum pernah baginda memukul seorang perempuan mahupun pembantu rumah." (H.R Muslim)
Baginda beribadah dalam kesunyian di Gua Hira' selama bertahun-tahun tanpa mendapat rintangan dan permusuhan daripada kaun Quraisy. Bagaimanapun, ketika baginda mulai mengajak kaumnya bertauhid kepada ALLAH, kaun Quraisy menentang baginda. ALLAH s.w.t berfirman:-
"Katakanlah! Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langot dan bumi atau siapakah yang menciptakan pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang hidup dan siapakah yang mengatur egala urusanmu?" Maka mereka akan menjawab, "ALLAH". Maka katakanlah mengapa kamu tidak bertakwa?" (Surah Yunus, ayat 31)
Berkat kesabaran Rasulullah dalam berdakwah, ALLAH menjadikan agama Islam ini tersebar luas hingga ke negara-negara Asia tengah bahkan tersebar hingga ke Timur. Pasukan berkuda kaum Muslim sudah terbiasa mengelilingi Jazirah Arab dan Negara Syam sehingga tidak ada satu tempat pun tidak diperginya.
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH dan tidak takut kepada sesiapa selain DIA. Aku ditakuti kerana ALLAH dan tidak ada seorang pun yang ditakuti kerana ALLAH selain aku. Dan aku telah disakiti di jalan ALLAH dan tidak pun disakiti selain aku. Aku telah mengalami selama tiga puluh hari siang dan malam, sedangkan aku ataupu Bilal sama-sama tidak punya apa-apa untuk dimakan kecuali sesuatu yang tersembunyi di balk ketiak Bilal." (H.R Tarmizi dan Ahmad)
MORAL SIRAH
Kisah ini seharusnya kita jadikan sebagai teladan dan musahabah diri kita. Kita adalah kalangan mudah berasa marah dengan perkara-perkara kecil. Rasulullah adalah contoh terbaik dan sentiasa sabar dengan apa jua yang menimpa diri baginda. Walaupun dihina dan dicaci, baginda tetap bersabar kerana baginda yakin dengan balasan setiap perbuatan.
Alhamdulillah bersyukur kehadrah ALLAH s.w.t kerana ana pada mulanya dahulu merupakan seorang yang tidak kurang panas barannya kerana punca utama panas baran ana adalah dari sikap tidak sabar yang menyelubungi diri ana. Alhamdulillah setiap pengajaran tentang baginda yang ana cuba selami ana kini ana yang jauh bezanya dari dahulu. Ana sekarang adalah ana yang baru dimana ana Alhamdulillah dapat bersabar dalam apa jua situasi sekeliling ana ini. sesungguhnya kesabaran akan membuatkan kita akan leih yakin dan cekal dalam menempuhi ranjau, perit dan jerih kehidupan.
Cukuplah setakat ini celoteh ana ini kerana sudah pagi ana menyiapkan catatan ini. Ana pun sudah mahu beradu. Semoga berjumpa di lain catatan ana.
Salam Ukhwah, Assalamualaikum.
Wassalam.

0 Response to "SABAR, Rasulullah Menyebarkan Islam"
Catat Ulasan