Assalamualaikum.
Pada catatan ana ini ana cuma ingin kongsikan beberapa amalan yang berkaitan dengan SABAR. Maaf kerana di catatan ini ana tidak berceloteh panjang kerana cuma ingin memberi "POINT" yang mungkin berguna kepada saudara/i. InsyaALLAH ana akan cuba cari beberapa "POINT" semacam ini untuk tatapan serta amalan saudara/i semua.
IKHLAS MEMOHON KEPADA-NYA
"Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH. Dan kita pasti akan kembali kepada-NYA. Ya, ALLAH.. Berikanlah ganjaran pahala atas musibah hambamu. Dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya."
"Dan untuk Tuhanmu, bersabarlah."
(Surah al-Muddatstsir, ayat 7)
BERSYUKUR
Dari Abu Yahya, Syuhaib bin Sinaan r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya menakjubkan urusan orang yang beriman, semua urusannya adalah baik. Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seseorang mukmin. Apabila dia ditimpa kesenangan maka bersyukur. Maka, itu adalah baik baginya. Dan apabila dia ditimpa masalah maka dia pun bersabar. Maka, itu pun baik baginya." (H.R Muslim)
TIDAK MENGIKUT ORANG KAFIR
"Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka." (Surah al-Insaan, ayat 24)
MENANTIKAN GANJARAN SYURGA
Dari Anas bin Malik r.a, ia berkata Rasulullah bersabda. Sesungguhnya ALLAH berfirman. Apabila AKU memuji hambaKU dengan kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya." (H.R Bukhari)
PEMAAF DAN TIDAK BERDENDAM SESAMA MANUSIA
Firman ALLAH. "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhlah mereka dengan cara yang baik." (Surah al- Muzzammil, ayat 10)
MEMUPUK SIFAT SABAR
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada ALLAH s.w.t.
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang menghadapi cubaan atau musibah.
Untuk catatan seterusnya ana akan sambung berkenaan SABAR dimana ianya berkait rapat dengan Rasulullah dalam menyebarkan ISLAM.
Setakat ini pada catatan ana yang ini. Jumpa di catatan seterusnya.
Salam Ukhwah, Assalamualaikum.
Wassalam.

0 Response to "SABAR, Besar Ganjarannya"
Catat Ulasan