Assalamualaikum.

Baru sekejap tadi ana ada membuat catatan mengenai Lupa Satu Keperluan. Bila ana habis meneliti semula bait-bait yang ana ungkapkan serta huraikan di catatan lepas tersebu tiba-tiba ana terfikir untuk menambah dimana LUPA dan JANGAN LUPA. Sedikit tambahan dari catatan ana yang lepas.

Tahukah saudara/i dimana sifat lupa merupakan sifat semulajadi yang akan bertukar menjadi malapetaka sekiranya mereka lupa beberapa perkara penting dalam hidup. Daripada kelupaan perlu iaitu kelupaan emosi seperti lupa terhadap kesakitan, penderitaan masa lalu, dianiayai oleh kawan baik, atau apa sajaha yang berkait rapat dengan sejarah hitam saudara/i sehingga semua orang yang patut diingati pun turut dilupai oleh manusia. Amat malang sekiranya kelupaan itu menjadi lesen kepada setiap kelupaan lain. Apabila ini terjadi, manusia akan hanyut dalam kealpaan dan kelalaian yang tidak bermuara. Kelalaian yang dimaksudkan lalai terhadap ilmu, agama, nilai, ajaran berguna dan didikan.

Sekiranya ini berlaku, manusia perlu diingatkan kembali. Manusia perlu kepada sesuatu yang boleh merangsang kembali ingatan dena mengembalikan mereka kepada arus kebaikan. Inginkan kebaikan adalah fitrah yang lebih berpengaruh dalam diri seseorang berbanding mana-mana sifat semula jadi yang lain bagi setiap manusia.

Oleh itu diingatkan kepada saudara/i semua dimana kita boleh lupakan sesetengah keadaan dan ada sesetengah keadaan yang mana kita tidak boleh lupakan kerana ia mungkin akan memudaratkan diri kita sendiri. Huraian ana ini tidaklah panjang mana, diharap huraian yang tidaklah panjang ini sedikir sebanyak membantu saudara/i dalam membezakan perkara yang perlu saudara/i lupakan dan tidak perlu dilupakan.

Setakat ini dahulu catatan ana bagi isu ini. InsyaALLAH sambungan pada isu yang lainnya dimana mungkin tajuknya berlaian ataupun ianya berkaitan dengan apa yang ana telah huraikan disini. Semoga jumpa di lain catatan ana.

Salam Ukhwah, Assalamualaikum.

Wassalam.