Assalamualaikum.

Ahlan wasahlan. Sudah lama sangat ana rasa ana tidak membuat catatan baru pada blog ana ini. Isu yang ana ingin ketengahkan malam ini adalah mengenai Lupa satu Keperluan.

Pertama-tamanya ana ingin bertanya kepada saudara/i, tahukah saudara/i lupa juga merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia kini sepertimana contoh cerita yang bakal ana ketengahkan disini adalah seperti berikut:-

"Suatu petang pada tahun 1999 setelah habis sesi pengajian petang di universiti, saya dipanggil ke pejabat, ada panggilan telefon untuk saya. Wajah kerani yang menyambut panggilan itu kelihatan gugup.

"Di hujung talian, saya dapati suara abang yang memberitahu dengan nada bergetar, sarat dengan kesedihan bersama tangisan perlahan.... Ibu telah meninggal dunia.

"Saya tidak dapat menggambarkan bagaiman gawat badai dalam hati saat itu...

"Wajah ibu bermain di ruang mata. Bulan lepas ketika saya bersalam dan itu salam terakhir saya dengan ibu, ibu mencium saya dengan lebih lama daripada biasa... Itu saya masih ingat. Saya mencium dan memeluknya dengan girang tetapi segera ingat berangkat, banyak yang perlu diselesaikan di universiti...

"Hati saya berkata, kenapa tidak lebih lama menampung kasih sayangnya.

"Apabila pulang ke kampung, saya dapati tubuh ibu telah diselumuti kain putih. Saya meluru mencium ibu semahu-mahunya tapi ibu hanya terkujur kaku dengan wajah lesi dan mata terpejam rapat. Dia tidak mendengar pun esak tangis saya yang pilu....

"Dada saya hampir pecah membayangkan perpisahan ini..."

Disini ana inging mengulas kenapa ana cakap lupa merupakan satu keperluan pada kita dimana dalam kisah ini seorang yang dimaksudkan dalam cerita diatas dimana dia menangis dan sedih semahu-mahunya tetapi adalah dia akan menangis lagi hari ini? Adakah kasih sayang dia terhadap ibunya telah luntur? Siapakah yang telah mengambil ruang kasih sayang ibu itu?

Jawapannya tentu tidak! Sayang masih membara dan tiada siapa yang mampu mengisi ruang kosong itu, pasti! Tetapi kenapa hari ini tidak seperti petang gawat tahun 1999 itu?

Sebabnya adalah kerana manusia punya sifat lupa. Cuba bayangkan andainya sifat ini tiada. Ingatan dan kesedihan terhadap kematian ibu benar-benar segar, tiba-tiba datang pula berita meninggalnya bapa atau kegawatan lain dalam hidup. Bagaimana manusia boleh mengharungi hidup dalam situasi sedemikian? Bagaimana dada mereka tahan untuk menanggung semua ini?

Atas alasan ini, manusia dibekalkan dengan sifat lupa. Lupa bagi manusia satu keperluan. Ya ALLAH besarnya kekuasaanMU untuk kami menjalankan kehidupan dengan cara tenang dan sempurna.

Ana ingin bertanya kepada saudara/i adakah penting pada saudara/i juga LUPA tentang perkara yang menyedihkan dan JANGAN pula saudara/i LUPA pada perkara yang mengembirakan saudara/i? Tepuk dada tanyalah hati saudara/i. Jawapannya ada pada saudara/i.

Setakat ini dahulu catatan ana pada kali ini. Jumpa lagi dilain catatan.

Salam Ukhwah, Assalamualaikum.

Wassalam.