Assalamualaikum.

Sekian lama ana tidak membuat catatan baru pada blog ana ini. Seperti sebelum ini ana biasanya membuat catatan baru ana pada malam hari tetapi hari ini ana ingin membuat di petang jumaat yang merupakan penghulu segala hari lainnya.

Pada kali ini ana ingin mengenengahkan mengenai manusia, sembahyang dan kategorinya yang seperti mana firman ALLAH s.w.t yang bermaksud : Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat keuali kepada orang-orang yang khusyuk. (surah al-baqarah ayat ke 45).

Disini ana kategorikan kepada 7 peringkat sembahyang orang-orang kita dizaman ini. Antaranya :-

1. SEMBAHYANG ORANG JAHIL

Fardhu ain tak lulus. Syarat sah, batal, perkara yang sunat, perkara yang wajib dalam sembahyang pun masih tergaru-garu kepala. Lebih parah bila bersuci pun tidak betul, ambil air sembahyang pun macam kambing cicah air. Dah tahu tak tahu. Malas pula nak menuntut ilmu. Inilah dia orang sembahyang atau beramal tanpa ilmu. Waliazubilahiminzalik.

2. SEMBAHYANG ORANG LALAI

Bagi kategori ini pula, fardhu ain dah elok. Sudah tahu hukum-hakam, syarat sah dan batal dalam sembahyang. Tapi...mula sembahyang jer...angkat takbir, maka bermulalah "xpdc"nya. Sekejap teringat itu, sekejap teringat ini. Kunci yang hilang pun bolh jump dalam sembahyang! Macam-macam ada dalam kepala, hinggalah bila siap bagi salam kiri kanan...selesai sembahyang...lega!

3. SEMBAHYANG SEBAB SELAIN DARI ALLAH S.W.T

Kita sembahyang sebab itu perintah ALLAH. Tapi ada juga yang sembahyang sebab selain dariNYA. Contohnya, sembahyang sebab semua orang lain sembahyang. Sembahyang sebab bapa mertua suruh sembahyang. Sebahyang sebab hendak tawan hati pengundi pilihanraya. Sembahyang sebab malu dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi yang menjadi sebab selain dari ALLAH s.w.t.

4. SEMBAHYANG ORANG YANG MUJAHADAH

Dia tahu sembahyang mesti khusyuk. Jadi dia paksa-paksa diri hendak hadirkan hati dalam sembahyang. Bila hati dan fikiran mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap. Jadi sekejap kusyuk dan sekejap melayang. Nampak sembahyangnya macam tenang, tapi di dalam, teruk berperang dengan nafsu dan syaitan.

5. SEMBAHYANG ORANG SOLEH

Makna pada bacaan dihayati oleh akalnya. Dia fahan apa yang diucapkan di dalam sembahyang. Sebab itu fikirannnya cuba diseiringkan dengan apa yang disebutkan oleh lidah. Walau fikiran tidak melayang di dalam sembahyang tapi hatinya masih tidak rasa nikmat.

6. SEMBAHYANG PARA WALI

Ini sembahyang yang sudah dapat dihayati dan dinikmati rasanya. Peringkat ini, perbuatan seiring dengan kefahaman dan pernghayatan. Waktu sujud di kala bertemu anggota paling mulia ditubuh dengan tanah tempat kita pijak, hati benar-benar terasa hina. Bila rukuk, terasa rendah di hadapan ALLAH s.w.t yang Maha Agung. Bila berdoa, terasa benr-benar lemah dan mengharap.

7. SEMBAHYANG PARA NABI DAN RASUL

Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam kebesaran dan keagungan ALLAH s.w.t. Tidak tergambarkan indah dan nikmatnya.

Saudara/i tergolong diantara yang mana yang telah ana utarakan tadi. Jawapan bagi persoalan ana ini tidak perlulah saudara/i beritahu kepada ana. Jawaplah pada diri saudara/i sendiri. Bak kata pepatah melayu "Tepuk dada tanya hati".

Setakat ini dahulu coretan ana kali ini. Walaupun catatan ana ini pendek tetapi maksud yang ana ingin sampaikan disini begitu mendalam. Fikir-fikirkanlah. Sebelum itu ana ingin menyusun maaf jika ayat pada catatan ana kali ini sedikit kasar kerana ana ingin sampaikan kepada saudara/i supaya difahami. Ana menyusur dulu.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.