Assalamualaikum...

Wah terlalu lama ana menghilangkn diri. Tp yg realitinya bukan menghilangkn diri cuma ana agak sibuk dalam menjalankan tugasan harian ana. Rasanya ana sudah biarkan blog ana ini bersarang hampir 2 bulan rasanya. Mohon maaf ana ucapkan kepada anta sekalian kerana tiada info baru yg ana update d blog ana ini.

Kali ini ana tidak mahu berceloteh panjang kerana ana ada beberapa urusan yg perlu ana siapkn. Kali ini cuma menyentuh tentang keseronokan berpuasa & beraya pada ana. Rasanya tidaklah terlalu lambat bukan.

Bemula dengan Berpuasa:-

Kita sebagai umat ISLAM mengerjakan ibadah puasa pada Ramadhan 1431 masihi bersamaan dengan thun 2010. Bermulanya puasa pada tahun ni mengikut tahun 2010 ini, 11 ogos 2010 - 9 september 2010.

Pengalaman ana tahun ini berpuasa amat menyeronokkan. Rakan-rakan serta saudara ana menyambut bulan puasa kali ini bersama ana.

p/s : utk sementara waktu gmbr semasa berbuka bersama rakan-rakan serta saudara tak dapat ana upload. Line internet slow. InsyaALLAH dh OK ana upload.

Seterusnya Hari Raya :-

Bila da habis berpuasa 10 september 2010 bersamaan 1 syawal semua umat ISLAM merayakan hari kemenangan selepas 1 bulan berpuasa.

Hari raya ana pada tahun ini membuatkan ana lebih dewasa sebab umur ana hampir menjangkau 24tahun. Tp sekarang da lebih 24thun 7hari. Seronoknya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga Syawal akan datang ana dapat menunaikan ibadah puasa lg dan beraya bersama org yg tercinta iaitu keluarga ana.

p/s : utk sementara waktu gmbr semasa beraya bersama keluarga tak dapat ana upload. Line internet slow. InsyaALLAH dh OK ana upload.

Setakat ini dahulu catatan ana tuk petang ini sambil menunggu masuknya waktu solat maghrib. Assalamualaikum.