Assalamualaikum.

Aduhai blog ana ini rasanya tidak ceria jika tiada catatan baru dari ana. Sudah hampir 3(tiga) hari ana tidak membuat catatan baru pada blog ana ini, rasa rindu untuk ber"blog". Emm..boleh guna ke ayat itu? Rasanya boleh asalkan maksud yang ingin ana sampaikan tersampai. Hari ini ana ingin menyentuh tentang teknologi dan kita sebagai manusia di atas muka bumi ALLAH s.w.t dan merupakan umatnya. Mungkin catatan ana kali ini berat sedikit isunya, diharap apa yang ana ingin sampaikan ini sampai ke lubuh hati dan fikiran saudara/i sekalian.

Teknologi kini semakin berkembang maju. Di bank, bangunan-bangunan besar semuanya menggunakan alat kawalan keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kecurian ataupun sesuatu yang tidak diingini.

Tetapi sejauh mana alat berteknologi canggih seperti CCTV ini mampu mengawal serta mengenalpasti pencuri mahupun perogol atau sebaginya dengan jelas? Tidak semua bukan?

Sedarlah saudara/i, sebelum penciptaan CCTV dan sebelum penciptaan manusia lagi sudah wujudnya "CCTV" yang tidak pernah rosak dan berada dan berada di mana-mana sahaja.

Wahai muda-mudi sekalian,

Seronok bukan berbuat maksiat di hotel-hotel, di dalam hutan, di rumah kosong, di rumah sewa, di dalam panggung wayang. Ah! Tak siapa yang nampak, apa yang perlu ditakutkan. Ingatlah, mata, tangan, kaki, hatta alay sulitmu, malah meja, katil, rumah, pokok dan apa-apa yang ada di sisimu ketika kamu berbuat maksiat, semuanya adalah "CCTV" yang akan menjelaskan segalanya di akhirat. Tidakkah kamu takut wahai remaja. JELAS DAN NYATA. Tidakkah kamu berasa malu di hadapan ALLAH s.w.t nanti.

Telah ALLAH s.w.t berikan nikmat mata, tangan, mata, kaki dan yang berharga nikmat hidup dalam ISLAM, tetapi kamu tidak gunakan sebaik mungkin. Tidak cukup dengan dosa berbuat maksiat, kamu tambahkan pula dosa membuang bayi, lebih dasyat lagi kamu sanggup pula membakar bayi yang tidak berdosa itu. Tidak mengapa, mungkin sekarang kamu terlepas dari dihukum di dunia. Tapi ingat!! Kehidupan kamu tidak akan tenang, dan kamu akan lihat sendiri semua yang memandang kamu membuang bayi itu, burung, masjid, tong sampah, lipas atau tikus akan menjadi "CCTV" di akhirat.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun maka dia aan melihat balasannya." (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)



Wahai ibubapa,

Sedih bukan melihat bayi di buang dibakar dengan tragis sekali? Tetapi sebenarnya sedih lagi jika kita sebagai ibubapa tidak mampu menjadi ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sedih lagi jika kita membiarkan anak-anak kita berpakaian ketat, tidak bertudung, merempit, bergaul bebas, kerana inilah pencetus terjadinya zina dan akan menyebabkan lahirnya anak-anak luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi un terus berleluasa. Ingatlah, sebagai ibu bapa, kita wajib mendidik anak-anak agar menjadi insan-insan yang berguna dan be. Bukan sekadar melepaskan di tangga dalam mendidik anak-anak. Jadilah contoh yang terbaik buat mereka dan sebagai garis panduan kepada mereka.

"wahai anakku! Laksanakanlah SOLAT dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar, dan bersabarlah menghadapi apa yang menimpamu." (Surah Lukman)

Wahai para pengumpat,

Tidak takutkah kamu pada setiap apa uang kamu perkatakan? ALLAH s.w.t benci pada dirimu kerana sifatmu yang suka membuka aib orang lain. Dari umpatan akan menjadi fitnah. Tidak cukup dengan dosa umpatan ditambah pula dengan dosa fitnah.

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela".."Pasti akan dilemparkan ke neraka Hutamah" (Surah Al-Humazah)

Ingatlah wahai semua insan, selagi kita masih hidup berbuatlah amal kebajikan. Sesungguhnya ALLAH s.w.t menyukai insan yang mampu menutup keaiban orang lain. Berkatalah apabila perlu, kerana diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia. Hiasi bibirmu dengan zikrullah, sempurnakan solat 5 waktu, tunaikan kewajipanmu sebagai hamba ALLAH s.w.t.

Bertaubatlah sebelum kita terlambat. Sesunggunya dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin yang sentiasa mengawal nafsu dan godaan syaitan.

"Hadiah berharga bagi orang mukmin adalah kematian." (Riwayat Ibnu Abiddunya, Al-Tabrani dan Hakim)

Janganlah kita teperangkap dengan "CCTV" yang kita cipta sendiri di dunia. Kerana kita akan lihat segalanya semula di akhirat. Dan sesungguhnya akhirat adalah penjara bagi insan yang tidak mengikut suruhanNYA dan melakuan apa yang dilarangNYA

"Sesiapa yang tidak snang menemui ALLAH s.w.t, maka ALLAH s.w.t pun tidak senang menemuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setakat ini dahulu catatan ana kali ini. Sama-samalah kita renung setiap apa yang ana perkatakan tadi. Ingat catatan ini bukan sahaja tertumpu kepada para remaja tetapi ianya tertumpu kepada semua golongan terutama sekali untuk ibu bapa. Sebelum mengundur diri mohon maaf jika ada terkasar bahasa ana pada cacatan ana yang kali ini kerana jika ana terangkan dengan bahasa biasa saudara/i sekalian mungkin kurang jelas apa yang ana ingin sampaikan.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.