Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di isu ini. Tadi baru sekejap ana ada buat catatan berkenaan fesyen seorang muslimah. Macam kebiasaannya setiap catatan ana kebanyakannya saling berkait diatara satu sama lain tetapi kali ini ianya ada juga berkait rapat dengan muslimah kerana kita juga diibaratkan seperti "Gadis Desa".

Ini adalah catatan pertama ana yang berkaitan dengan perhubungan yang sebagaimana ianya bermula. Rasanya kekok ana bila membuat catatan ini, tetapi ana terpanggil untuk membuat catatan ini sebab pada ana ianya perlu dikongsi kepada saudari semua.

Kebiasaannya gadis desa lebih menjadi pilihan lelaki untuk menjadi calon suri rumah mereka. Penyataan ini mungkin manggusarkan banyak hati gadis-gadis yang bulan berasal dari desa. Janganlah saudari risau dan bimbang, gadis desa yang dimaksudkan sebenarnya lebih menjurus kepada cara perwatakan dan perawakan seseorang gadis itu seperti anak-anak gadis di desa. Untuk mengetahui adakah saudari tergolong dalam kumpulan gadis idaman lelaki, sama-samalah kita semak pernyataan yang ana akan nyatakan dan simpulkan di bawah ini.

1. AYU

Kamu mungkin sering berfikir, "Adakah saya kelihatan cantik di matanya?" dan sebagainya apabila berhadapan dengan jejaka yang kamu cinta. Namun, kamu sering terlupa yang lelaki tidak menilai seseorang gadis itu berdasarkan kecantikan wajahnya sahaja. Bagi seorang lelaki, cukuplah gadis itu seorang yang ayu atau sedap mata memandang. Gadis ayu biasanya, memiliki wajah yang lembut dan manis apabila dipandang. Yang penting, kecantikan yang sebenar lahir tanpa perlu dipaksa. Jadi, kamu harus sentiasa bersyukur dengan kecantikan yang ALLAH s.w.t. kurniakan dan hargailah.

2. KETIMURAN

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal melalui peradabannya. Walaupun, kamu anak gadis yang dibesarkan di bandar tidak bermakna kamu perlu melupakan adab dan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun. Jejaka yang sedang mencari gadis untuk dijadikan teman hidup pasti akan mencari gadis yang memiliki sikap ketimuran dan pandai menjaga tingkahlaku apabila berhadapan dengan ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Sikap kamu yang sederhana ini pasti mampu menambat hati ibu bapa jejaka idaman kamu itu.

3. JUJUR

Apabila berbicara tentang gadis desa, semestinya mereka ini seorang gadis yang memiliki sifat jujur pada dirinya sendiri. Malah, gadis sebegini juga sentiasa bersifat jujur pada dirinya sendiri. Sememangnya, seorang lelaki mahukan seorang gadis yang memiliki sifat sebegini agar kasih yang terjalin tidak diwarnai dengan sebarang penipuan dan ikatan cinta yang tercipta akan dibajai dengan cinta yang ikhlas. Oleh itu, cuba nilai diri kamu semula adakah selama ini kamu sentiasa bersikap jujur pada dirimu?

4. PANDAI MEMASAK

Buat gadis yang pandai memasak, sememangnya kamu memiliki kelebihan di kaca mata seorang lelaki. Ada sesetengah lelaki menyatakan gadis yang menjadi pilihan utama meeka ialah gadis yang pandai memasak kerana mereka sudah bosan makan makanan di luar. Gadis yang tidak begitu pandai memasak, apa tunggu lagi...daftarlah segera ke kelas masakan.

5. KUNO

Mungkin ada sesetengah lelaki mendambarkan gadis sebegini kerana gadis seperti ini mempunyai fikiran yang lurus apabila berbicara tentang kehidupan. Walau bagaimanapun, bukan semua lelaki akan berfikiran sebegitu. Malah, kebanyakan lelaki pada masa kini lebih gemarkan gadis yang mampu untuk berbicara dalam pelbagai topik dan berfikiran terbuka. Oleh itu, cuba kamu nilai di mana tahap kamu dari sudut kaca mata seorang lelaki dan adakah kamu sudah lengkap untuk menjadi gadis pilihan lelaki?

Ada sesetengah ciri pilihan jejaka tersebut ana minta untuk saudari fikir adakah anda dan adakah anda. Jawapan ada pada diri anda. Ingat jangan menipu diri sendiri itu merupakan tunjang utama tau. Rasanya setakat ini dahulu catatan ana mengenai pilihan ini. Sebenarnya ana rasa kekok sebab ana ini bukanlah 100% memenuhi ciri-ciri yang diidamkan seorang lelaki. Sesungguhnya setiap manusia di atas muka bumi ALLAH ini tiada yang sempurna. Wallahua'lam.

Assalamualaikum. Wassalam.