Assalamualaikum.

Baru sekejap tadi ana ada memberikan satu tips cinta yang tidaklah perfect untuk renungan kerana ana sendiri masih belum tahu dan kenal apa itu makna CINTA 100%. Apa yang ana tahu ana cuba kongsikan dengan semua. Ini semua berdasarkan pengalaman ana yang akan menjengah ke umur 24 tahun tidak lama lagi. Dunia cinta ini tidak asing lagi pada ana, dan mungkin disebabkan itu jugalah ana rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai cinta.

Cinta sejati tidak akan datang bergolek. Ana akui kata-kata yang diungkapkan oleh sesetengah orang dan saya tidak punyai sebab untuk menipu saudari. Saudari sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang saudari inginkan sepertimana wanita-wanita lain memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, saudari berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu saudari perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceriaian berlaku kerana tiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang saudari perlu tahu

Baiklah ana akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat saudari terkejut. Kita mulakan sekarang

"Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal."

"Saudari tidak perlu bazirkan emosi saudari kepada seseorang jejaka sehingga saudari tahu dialah jejaka ideal bakal suami saudari."

"Didalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!

"Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat si jejaka."

"Jejaka ideal saudari adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, saudari perlu bertemu dengan banyak jejaka sehingga saudari benar-benar menjumpai jejaka idaman saudari."

"Saiz badan dan fesyen pakaian saudari tidak menarik perhatian si jejaka tetapi sebaliknya bagaimana saudari mengetengahkan penampilan diri dan pakaian saudari. Itulah yang perhatian jejaka."

"Jangan bercinta dengan jejaka kerana saudari rasa bersimpati dengannya!!!"

"Minda saudari adalah aset yang terbaik."


Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahuilah kenapa dan belajar bagaimana berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah saudari! Letakkan diri saudari di atas kerusi pandu, cari putera idaman saudari dan berbahagialah..

Pengakhiran kata ana, carilah MR.RIGHT dan ingat MR.RIGHT setiap wanita bujang diluar sana adalah berbeza setiap orang. MR.RIGHT saudari adalah MR.RIGHT kepada saudari seorang dan bukan untuk orang lain.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.