Assalamualaikum.

Ahlan Wasahlan. Malam sudah lama mengjengah kita. Hati ana rasa tenang sangat bila meluangkan masa untuk membuat catatan demi catatan pada blog ana ini. Rasanya baru sekarang ana tahu keseronokan berkongsi pelbagai maklumat untuk semua.

Malam ini ana ingin berkongsi info yang berkait rapat dengan sahabat. Tahukan saudara/i yang biasanya orang sekeliling kita akan genbira bila sahabat berada disisi, boleh dikatakan sahabat adalah teman dikala suka dan duka.

Bila sebut tentang sahabat. Teringat ana kepada sahabat-sahabat ana yang mana mulanya dari ana mula pandai berkawan hinggalah kini. Alhamdulillah sahabat la yang membawa keceriaan pada hidup ana.

Biasanya sahabat yang betul-betul sahabat yang bersama-sama kita tidaklah semua. Mesti saudara/i tertanya-tanya kenapa kan? Sesungguhnya sahabat yang betul-betul sahabat adalah sahabat yang bersama-sama kita samaada kita gembira atau sedih. Jika sahabat saudara/i itu bersama-sama jika saudara/i gembira sahaja dan bila saudara/i susah saudara/i perlu harunginya berseorangan itu bukanlah sahabat.

Cuba kita tengok ciri-ciri yang ana rasa dia ialah insan yang sememangnya perlu digelarkan sahabat.

1. Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.

2. Insan yang memahami diri kita, perasaan, dan kehendak kita.

3. Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita.

4. Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.

5. Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.

6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya dan menggadai nyawanya kerana kita.

7. Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.

8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.

9. Insan yang dijadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.

10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.

11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.

12. Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.

13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.

14. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.

15. Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.


Maaf jika disini ana cuma ada 15 ciri sahaja yang ana rasa ianya tergolong dari ciri-ciri sahabat ana. Tetapi ianya tidak 100% dipenuhi oleh semua sahabat ana. Saudara/i kena ingat satu perkara yang mana kita manusia biasa dijadikan oleh ALLAH s.w.t. tidak sempurna 100%. Jika sahabat anda sempurna 80% pada saudara/i sudah cukup memadai dan mereka tergolong daripada sahabat yang betul-betul sahabat seperti yang ana perkatakan dari awal lagi.

Untuk ciri-ciri sahabat ini cuma ini sahaja idea yang dapat ana luahkan disini, jika ada sebarang tambahan yang pada saudaa/i rasa perlu bolehlah tambah dan bagi komen juga kalau saudara/i rasa ianya tidak betul dan tidak masuk akal. Mohon undur diri dari catatan yang kali ini. Jumpa di lain catatan ana.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.