Assalamualaikum.

Catatan mengenai sahabat lagi ana ingin ketengahkan. Ana hidup gembira untuk sekian lamanya adalah bermula dari sahabat selepas keluarga ana. Sahabat oh sahabat. Sukarnya ana ingin menggambarkan perasaan gembira kerana mempunyai sahabat yang begitu ramai. Alhamdulillah.

Tetapi Ingat! kita jangan leka dalam setiap tutur yang mungkin kita akan tuturkan kerana kita perlu menjaga hati dan perasaan sahabat kita juga. Dengan cra hargai sahabat kita akan lebih berasa gembira dan tenang dengan semua orang disekeliling kita juga.

Jom kita tengok apa cara yang ana rasa perlu dalam menghargai persahabatan yang baru mahupun lama yang telah kita jalinkan.

1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti saudara/i supaya saudara/i mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kamu.

2. Ingatlah kepada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana saudara/i suka diperlakukan. Sekiranya saudara/i menghormati orang lain, orang lain akan menghormati saudara/i juga.

3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan baik.

4. Saling menghargai pendapat yang diberi.

5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan saudara/i mempunyai minat yang lain juga.

6. Komunikasi sangat penting, kawan saudara/i tidak boleh membaca fikiran saudara/i. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan saudara/i beritahulah.

7. Belajar daripada satu sama lain.

8. Jangan mengata di belakang kawan saudara/i.

9. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan saudara/i. Kawan yang baik akan membenarkan saudara/i melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan saudara/i sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

10. Pilih kata-kata saudara/i dengan bijaksana ketika berkomunikasi kerana saudara/i tidak boleh menariknya kembali jika tersalah bicara.

Sama-samalah kita menghargai persahabatan kita. Ana tidak mahu menyambung panjang mengenai isu ini kerana saudara/i yang menilai segalanya mengenai sahabat saudara/i tersebut. Ingat! Jika kita sudah menyakiti hati dan perasaan sahabat kita itu cuba kita bayangkan macamana jika kita berada ditempat mereka. Fikir-fikirkalah. Jika ada sebarang tambahan yang mungkin ana tertinggal sila komen dan bagi cadangan. Semoga kita sama-sama belajar erti persahabatan yang sebenar.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.