Assalamualaikum.
Sudah lama ana tidak membuat catatan pada blog ana ini. Pada catatan ini ana ingin mengupas tentang cekalnya dan sabarnya Asiyah isteri Firaun kepada suaminya itu. Semestinya saudara/i sekalian telah mengetahui tentang cerita ini tetapi tidak salah jika kisah ini diulang kenang.
Untuk pengetahuan saudara/i sekalian nama Asiyah isteri Firaun sama seperti nama ibu ana tetapi cuma ejaannya sedikit berlainan iaitu nama ibu ana Wan Asiah. Ibu ana juga merupakan seorang yang cukup cekal dan pada ana ibu adalah idola ana.
Walaupun telah berlalu ribuan tahun, warisan Firaun masih dapat dilihat hingga kini. Peninggalan-peninggalan tersebut, termasuk pehiasan dan perabot yang dapat kita saksikan pada hari ini, adalah bukti fakta yang menunjukkan betapa kemewahan yang luar biasa mengelilingi Asiyah di dalam istana Firaun. Fakta sejarah ini benar-benar mencabar fikiran dan indera umat manusia yang hidup pada zaman teknologi canggih sekarang ini.
Dilihat daripada segi kejadiannya, Asiyah adalah manusia biasa sebagaimana wanita-wanita yang lain. Sebagai seorang wanita, tidakkah Asiyah teringin untuk menikmati kemewahan yang dihadiahkan Firaun kepadanya?
Di dalam al-Quran telah dinyatakan sebahagian sifat manusia:
"Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu benar-benar telah melampau batas, apabila ia memandang dirinya serba cukup."
Tetapi Asiyah berlainan daripada kebanyakan daripada kebanyakan wanita Asiyah telah menutup telinganya rapat-rapat daripada bisikan kemewahan, tekanan dunia sekeliling yang mengajak dengan pujuk rayu, supaya ia dapat meneruskan perjalanannya menembusi waktu dan batas geografi, untuk mencari kepuasan batin yang abadi.
Al-Quran telah menggambarkan kenyataan jiwa manusia yang sentiasa merindui kepuasan batin yang berterusan tanpa akhirnya. Kayakinan serta imannya setiap sat berbisik bahawa segala makhluk pada akhirnya akan kembali kepada ALLAH juga, tanpa ada pengecualian. Sebab itulah, Asiyah berdoa kepada ALLAH s.w.t. supaya dibina untuknya sebuah rumah di sisi ALLAH di syurga.
Asiyah tidak puas dengan istana yang diberikan Firaun, tetapi ia ingin sebuah rumah di syurga, rumah yang penuh dengan reda dan rahmat ALLAH. Berlainan dengan istana Firaun yang apabila dipandang dari luar sangat megah dan indah, tetapi orang yang tingal didalamnya sentiasa tidak tenteram, kerana asal-usulnya telah dikotori darah mustad'afin dan kezaliman, kekufuran serta kebongkakan yang melampau.
Kebahagiaan tidak diperolehi Asiyah selama tinggal dengan Firaun di istananya. Tetapi ia ingin menikmati kebahagiaan yang sebenar atas keredaan daripada yang Maha Tinggi, dengan menjadi manusia yang jauh daripada penentangan suara hati kecil, tidak berbuat sebarang jenayah atau mengambil bahagian dalam kezaliman. Maka Asiyah cuba melepaskan diri dengan sebuah doa:
"Dan lepaskan aku dari angkara Firaun dan perbuatannya dan selamatkan aku daripada orang-orang yang zalim"
KEMEWAHAN ISTANA FIRAUN
Walaupun Asiyah dilayan begitu istimewa di dalam istana Firaun yang mewah, tetapi ia sedar bahawa bukan itu yang ingin dicapainya di dalam hidup. Memang benar Asiyah diberi segala-galanya, makanan yang paling lazat, tilam yang paling empuk, pakaian yang paling megah dan perhiasan yang paling indah dan mahal harganya.
Ke manapun Asiyah ingin berkelah, akan dilayan serta diperkenankan. Selain itu, memang firaun menyediakan taman-taman yang indah yang ditumbuhi bebunga dan pokok-pokok yang rendang. Kenderaan yang terdiri daripada kuda-kuda pilihan, unta dan keldai yang sihat serta kuat setiap saat bersedia membawa Asiyah kemana sahaja. Pendek kata, seluruh kehidupan zahirnya penuh dengan kenikmatan.
Meskipun begitu, Asiyah tetap menganggap semua itu sebagai fenomena yang akan lenyap dengan mudah apabila di dalamnya terdapat unsur kekufuran, kebongkakan, kezaliman dan permusuhan. Semuanya akan menjadi tidak bermakna apabila dilihat bayaran yang mahal untuk memperolehinya, yakni dengan mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan yang suci.
Lantas, kerana itu Asiyah menhadapkan dirinya kepada ALLAH dan menyeru supaya ia deselamatkan daripada angkara Firaun, supaya ia tidak hanyut dibawah pengaruh palsunya. Kemudian, ia memohon agar ia terhindar daripada orang-orang zalim, yang biasa terdiri daripada pemimpin dan penyokongnya yang menghalalkan setiap cara untuk mencapai suatu tujuan.
Teladan yang ditunjukkan oleh Asiyah ini, juga yang dipamerkan Maryam adalah jalan hidup Muslimah sejati. Kedua-dua wanita ini telah menjalankan peranan masing-masing dengan amat berkesan. Asiyah telah menunjukkan sikapnya yang jelas dan tegas di depan kemewahan dak kekuasaan. Sementara Maryam melambangkan kesucian diri, sama ada dalam perbuatan ataupun ucapan, sejak kecil hingga keakhir hayatnya.
Maryam binti Imran sejak kecil telah berkhidmat dengan rumah ibadat dan menunaukan nazar yang sudah diikrarkan oleh ibunya. Ketundukan yang tidak berbelah bagi telah ditunjukkannya dalam kehidupan sehari-harinya yang penuh dengan ibadar dan munajat. Peribadinya telah dikenal dengan jolokan "saudara perempuan Harun".
Ujian besar yang datang kepada Maryam ialah menerima kehamilan walaupun ia tidak mempunyai suami. Kejadian yang di luar kebiasaan ini adalah mukjizat. Walaupun mukjizat itu diyakininya, tetapi orang-orang yang di sekelilingnya tidak. Bahkan mereka menuduhnya berzina. Penghinaan dan tuduhan tersebut sangat berat untuk didengar Maryam, namun ia tabah dan yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga.
Iman dan akidah Maryam mampu menghindari segala tindakan yang membawanya kearah keputusasaan. Ia sedar bahawa ALLAH s.w.t. sedang mencuba keimanannya. Oleh itu, ia menghadapinya dengan iman dan menyerahkan segala persoalannya kepada-Nya. Dia tidak sedikit pun terniat untuk membantah ketentuan ALLAH atas dirinya.
Sebagai seorang yang sentiasa berzikir dan berdoa kepada ALLAH, hati dan jiwanya tenang serta tenteram. Cubaan demi cubaan yang datang berupa tuduhan, celaan dan makian tidak membuatnya kesal dan ingin melakukan hal yang dilarang, bahkan mulutnya lebih mengingati-Nya. Firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud " Ketahuilah, bahawa mengingati ALLAH dapat mententeramkan hati."
Inilah jalan yang seharusnya kamu jalani, wahai orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita. Sikap dan pendirian yang telah ditunjukkan oleh Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim wajar menjadi teladan bagi orang-orang yang beriman ketika hidup di dunia, supaya selamat nanti di akhirat.
Kedua-dua wanita besar ini merupakan simbol kesucian dan keterpeliharaan, sama ada dalam ucapan atau dalam perbuatan. Mereka tidak berpura-pura apatah lagi mengada-ada. Mereka terpelihara dalam segala segi, mereka menjaga kehormatan, akal dan hati daripada dikotori walau dosa yang paling kecik sekalipun.
Firman ALLAH s.w.t. di dalam al-Quran:
"Sesunggunya orang yang datang menemui Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka tempatnya ialah neraka Jahanam. Di dalamnya ia tidak mati dan tidak hidup. Dan sesiapa datang menemui Tuhannya dalam keadaan beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka kedudukan yang tinggi, iaitu syurga dan yang di bawahnya mengalir beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan demikian balasan bagi orang yang membersihkan diri (daripada kekufuran dan kemaksiatan)."
Sumber : Buku pengarang Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

0 Response to "Kisah Firaun dan Asiyah"
Catat Ulasan