Memaparkan catatan dengan label tips muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips muslimah. Papar semua catatan

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Posted on 2:59 PTG In:
Assalamualaikum.

Hari ini ana tidak keluar kemana-mana kerana tiada teman untuk diajak keluar bersama-sama, tetapi tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya ana ada masa untuk berehat dan membuat catatan baru pada blog ana ini.

Sebenarnya ana kurang idea untuk membuat catatan yang mungkin berkait rapat antara atu sama lain seperti catatan ana yang sebelum ini tetapi tidak mengapa kerana pada ana catatan ini mungkin dapat memberikan impak kepada saudari semua. Maaf jika sejak kebelakangan ini ana banyak menyentuh tentang kaum hawa pada setiap catatan ana buat kali ini. Ini tidak bermakna ana mengenepikan isu untuk kaum adam. InsyaALLAH jika ana akan cuba fikirkan catatan untuk tatapan dan renungan kaum adam pula nanti.

Hari sudah pun petang, hari ini entah mengapa hati ini terdetik untuk berkata tentang wanita lagi, semestinya mungkin kerana ana wanita. Mungkin! Sebut tentang wanita, di fikiran kita adalah cantik kan? Ini kerana wanita sememangnya sinonim dengan perkataan cantik.

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkatan pun masih belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kensyukuran kehadrat ALLAH s.w.t. kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Saudari ingin lebih cantik dan menarik?

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhwah.

7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sesungguhnya cantinya seorang wanita itu sebenarnya terletak pada hati seorang wanita itu sendiri. Jika salah apa yang ana cakapkan ini diharap diberi teguran yang mana ana boleh perbetulkan. InsyaALLAH.

Untuk isu ini ana tidak mahu menyambung panjang kerana ana rasa ianya sudah memadai kerana ianya juga sudah padat dan penuh dengan apa maksud tersirat dan tersuratnya. Diharap kita dapat berjumpa di lain catatan ana. Jumpa lagi.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.
Baca Lagi >>

Gadis Desa Pilihan Lelaki

Posted on 9:18 PTG In:
Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di isu ini. Tadi baru sekejap ana ada buat catatan berkenaan fesyen seorang muslimah. Macam kebiasaannya setiap catatan ana kebanyakannya saling berkait diatara satu sama lain tetapi kali ini ianya ada juga berkait rapat dengan muslimah kerana kita juga diibaratkan seperti "Gadis Desa".

Ini adalah catatan pertama ana yang berkaitan dengan perhubungan yang sebagaimana ianya bermula. Rasanya kekok ana bila membuat catatan ini, tetapi ana terpanggil untuk membuat catatan ini sebab pada ana ianya perlu dikongsi kepada saudari semua.

Kebiasaannya gadis desa lebih menjadi pilihan lelaki untuk menjadi calon suri rumah mereka. Penyataan ini mungkin manggusarkan banyak hati gadis-gadis yang bulan berasal dari desa. Janganlah saudari risau dan bimbang, gadis desa yang dimaksudkan sebenarnya lebih menjurus kepada cara perwatakan dan perawakan seseorang gadis itu seperti anak-anak gadis di desa. Untuk mengetahui adakah saudari tergolong dalam kumpulan gadis idaman lelaki, sama-samalah kita semak pernyataan yang ana akan nyatakan dan simpulkan di bawah ini.

1. AYU

Kamu mungkin sering berfikir, "Adakah saya kelihatan cantik di matanya?" dan sebagainya apabila berhadapan dengan jejaka yang kamu cinta. Namun, kamu sering terlupa yang lelaki tidak menilai seseorang gadis itu berdasarkan kecantikan wajahnya sahaja. Bagi seorang lelaki, cukuplah gadis itu seorang yang ayu atau sedap mata memandang. Gadis ayu biasanya, memiliki wajah yang lembut dan manis apabila dipandang. Yang penting, kecantikan yang sebenar lahir tanpa perlu dipaksa. Jadi, kamu harus sentiasa bersyukur dengan kecantikan yang ALLAH s.w.t. kurniakan dan hargailah.

2. KETIMURAN

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal melalui peradabannya. Walaupun, kamu anak gadis yang dibesarkan di bandar tidak bermakna kamu perlu melupakan adab dan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun. Jejaka yang sedang mencari gadis untuk dijadikan teman hidup pasti akan mencari gadis yang memiliki sikap ketimuran dan pandai menjaga tingkahlaku apabila berhadapan dengan ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Sikap kamu yang sederhana ini pasti mampu menambat hati ibu bapa jejaka idaman kamu itu.

3. JUJUR

Apabila berbicara tentang gadis desa, semestinya mereka ini seorang gadis yang memiliki sifat jujur pada dirinya sendiri. Malah, gadis sebegini juga sentiasa bersifat jujur pada dirinya sendiri. Sememangnya, seorang lelaki mahukan seorang gadis yang memiliki sifat sebegini agar kasih yang terjalin tidak diwarnai dengan sebarang penipuan dan ikatan cinta yang tercipta akan dibajai dengan cinta yang ikhlas. Oleh itu, cuba nilai diri kamu semula adakah selama ini kamu sentiasa bersikap jujur pada dirimu?

4. PANDAI MEMASAK

Buat gadis yang pandai memasak, sememangnya kamu memiliki kelebihan di kaca mata seorang lelaki. Ada sesetengah lelaki menyatakan gadis yang menjadi pilihan utama meeka ialah gadis yang pandai memasak kerana mereka sudah bosan makan makanan di luar. Gadis yang tidak begitu pandai memasak, apa tunggu lagi...daftarlah segera ke kelas masakan.

5. KUNO

Mungkin ada sesetengah lelaki mendambarkan gadis sebegini kerana gadis seperti ini mempunyai fikiran yang lurus apabila berbicara tentang kehidupan. Walau bagaimanapun, bukan semua lelaki akan berfikiran sebegitu. Malah, kebanyakan lelaki pada masa kini lebih gemarkan gadis yang mampu untuk berbicara dalam pelbagai topik dan berfikiran terbuka. Oleh itu, cuba kamu nilai di mana tahap kamu dari sudut kaca mata seorang lelaki dan adakah kamu sudah lengkap untuk menjadi gadis pilihan lelaki?

Ada sesetengah ciri pilihan jejaka tersebut ana minta untuk saudari fikir adakah anda dan adakah anda. Jawapan ada pada diri anda. Ingat jangan menipu diri sendiri itu merupakan tunjang utama tau. Rasanya setakat ini dahulu catatan ana mengenai pilihan ini. Sebenarnya ana rasa kekok sebab ana ini bukanlah 100% memenuhi ciri-ciri yang diidamkan seorang lelaki. Sesungguhnya setiap manusia di atas muka bumi ALLAH ini tiada yang sempurna. Wallahua'lam.

Assalamualaikum. Wassalam.
Baca Lagi >>

"FESYEN" Seorang Muslimah

Posted on 8:23 PTG In:
Assalamualaikum.

Rasanya hari ini ana bersemangat dan mempunyai berbagai-bagai idea yang ana ingin curahkan pada blog ana ini. Ana rasa ini catatan ana selepas ana menunaikan solat isyak dan bacaan yasin. Amin. Tertunai sudah amalan wajibku sebagai umat ISLAM.

Pada catatan ana yang ini ana ingin mengetengahkan isu fesyen seorang muslimah. Tujuan utama ana adalah untuk memperlihatkan saudari diluar sana dimana kita sebagai remaja perempuan ataupun wanita semestinya suka akan fesyen. Berfesyen pada ana tidak salah, cuma perlu saudari perlu mengetahui fesyen yang bagaimana yang perlu saudari padankan dengan saudari.

Disini ana cuba simpulkan dan jelaskan kepada saudari tentang syarat-syarat berfesyen atau pakaian yang semestinya sesuai untuk kita samaada remaja perempuan ataupun wanita. Disini ana cuma ingin sentuh 5(lima) ciri sahaja. Diharap ianya dapat membantu saudari semua dalam berfesyen. Antara ciri-cirinya adalah:-

1. BUKAN PAKAIAN UNTUK MERAIH KEMASYHURAN

Dalam ISLAM, segala sesuatu bermula pada niat atau tujuan. Fesyen tidak seharusnya dipakai untuk meraih kemasyhuran. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka ALLAH akan memakaikannya pada hari Kiamat (pakaian) yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka." (Shahih Sunan Abu Daud, No:4029) Tidak bertujuan meraih kemasyhuran.

2. TIDAK MENYERUPAI PAKAIAN KAUM BUKAN ISLAM

Islam agama yang unik dan sebagai seorang muslimah, anda dituntut meraikan keunikan tersebut. Antara caranya ialah memakai fesyen yang unik kepada ISLAM dan menjauhi fesyen yang unik kepada kaun bukan ISLAM. Ia juga menggambarkan kecintaan dan kebanggaan kita kepada ISLAM. Seorang sahabat menceritakan, "Rasulullah s.a.w. melihat saya memakai kain yang berwarna "Ushfur", maka baginda bersabda, Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya." (Shahih Muslim, No:2077)

3. TIDAK MENYERUPAI LELAKI

Selain fesyen yang tidak menyerupai orang bukan ISLAM, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, No:5885, "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.

4. TIDAK JARANG KAINNYA

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada akhir umatku nanti akan ada yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang." (Mu'jam al-Thabarani dengan sanad yang sahih) Maksud Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya ialah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka disebaliknya. Walaupun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.

5. TIDAK MENAMPAKKAN TUBUH BADAN

Rasulullah s.a.w. pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang tebal, tetapi menampakkan tubuh badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya, "Suruhlah dia memakai baju dalam disebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya." (Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

"Bentuk tulang" ialah kiasan kepada bentuk badan. Akhlak mulia yang ada pada baginda menyebabkan baginda tidak menyebut "bentuk badan" secara terus. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan diluar, pakaian yang longgar atau pakaian yang tidak mudah mengikut bentuk badan.

6. MENUTUP AURAT

Jika diperlihatkan segala yang berharga di dunia ini, akan didapati ia dalam keadaan tertutup. Ambil saja contoh emas, berlian, dan minyak, ia tertutup jauh di dalam perut bumi. Demikianlah juga bagi seorang muslimah, ISLAM memandangnya sebagai sesuatu yang berharga sehingga menutupinya, agar kemuliaan dan kehormatannya tetap terjaga. ALLAH s.w.t. berfirman, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali dengan zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah an-Nur)

Maka fesyen seorang muslimah hendaklah menutupi keseluruhan dirinya kecuali muka dan apa yang berada dibawah pergelangan tangan. Sebahagian ilmuan berpendapat muka juga patut ditutup. Maksud "belahan leher" ialah bentuk "V" di antara bahagian dada yang lazim didedahkan oleh fesyen masa kini. Oleh itu apabila memakai tudung, pastikan ia dilabuhkan sehingga menutupi ke bahagian bawah dada.

Untuk makluman saudari semua ana tidak pernah cakap yang berfesyen itu salah. Seperti yang ana cakapkan pada awal bicara ana tadi yang mana berfesyen tidak salah tetapi haruslah kita tahu batas-batas dalam berfesyen. Maklumla kebiasaannya ada yang berkata jika tidak mengikut fesyen maknanya kita "kolot". Tetapi "kolot" yang mana tujuan kita untuk mempertahankan maruan, kemuliaan dan kehormatan kita sebagai kaum hawa rasanya tidak salah.

Setakat ini dahulu coretan ana untuk isu ini. Jumpa di isu lainnya.

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.
Baca Lagi >>

Sudah Tentu Anda Paling Bertuah

Posted on 12:06 PTG In:
Assalamualaikum.

Bertemu lagi dinext isu yang dikupaskan oleh ana.

"Dengan senyum indahmu yang membangkitkan cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama insan. Dengan kata-kata baikmu yang mengikat persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan permusuhan".

"Dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan si fakir, mengenyangkan peut orang yang kelaparan. Dengan mengkaji al-Quran, merenung dan mengamalkan kandunganya, bertaubat dan beristighfar".

"Dengan zikir dan istighfar yang banyak, memannjatkan doa dan meluruskan niat. Dengan mendidik anak-anak dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjun tentang apa-apa yang bermanfat dan berguna bagi mereka".

"Dengan rasa malu dan hijab yang disuruh oleh ALLAH. Itu adalah cara supaya sentiasa terjaga dari pandangan dosa".

"Dengan bergaul dengan perempuan-perempuan baik yang sentiasa takut kepada ALLAH, mencintai agama dan menghormati ajarannya".

"Dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga danberlemah lembut kepada anak yatim".

Semoga dengan segalanya memberikan satu nikmat untuk saudari sekalian. Ingatlah bahawasnya jika kita berlaku adil dan baik terhadap orang lain tidak kiralah kaum sesama Islam mahupun tidak kita akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Baca Lagi >>

Anda Wanita Paling Bahagia

Posted on 11:01 PG In:

Assalamualaikum.

Ana mulakan dengan dengan isu pertama untuk renungan kaum wanita di dunia ini terutama kaum wanita muslimah.

Selamat bersua di isu pertama bagiku ini.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa mendirikan sembahyang, taat berpuasa dan melakukannya dengan khusyuk.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiaa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa bersabar, berhati-hati dan memohon ampunan.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang menjadikan Asiyah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Anda semua wahai saudariku, para mslimah yang mendidik para pahlawan dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan memelihara diri serta iffah.

Anda semua wahai saudariku, para muslimah yang sentiasa takut kepada ALLAH dan menjauhi apa-apa yang dilarang dan dimurkainya.

Nilai-nilai diatas menunjukkan anda adalah wanita yang paling bahagia di muka bumi ALLAH ini, maka dekatkanlah diri saudari sekalian kepada suruhan-Nya dan jauhilah larangan-Nya. InsyaALLAH hidup saudari akan diberkati oleh ALLAH. Amin. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati sesama muslimah.

Diharap isu pertama ana dapat memberikan serba-sedikit pengenalan dalam membentuk sahsiah serta peribadi saudari.
Baca Lagi >>

Teman Blog

99 Nama Allah

Demi Masa

Kalendar

Kotak Pesanan

Akhbar Online

Blog Kawan-kawan

free counters